Entry HAPPY :D Alhamdulillah Allah kurniakan kebahagiaan lagi ^^


Assalamualaikum semua . Salam Ramadhan ke-27 :')

Dah dua malam aku merayau Kelantan ni . Satu kepuasan bagi aku wehh :') Sangat PUAS sebab dapat release tension . Dan semestinya bersama dengan kawan-kawan yang AWESOME :D 

First night tu , aku keluar dengan Alia , Aishah , Sarah and Hani . Kitorang g KB Mall dan beriftor di luar sahaja maa . Kitorang keluar ni pun sebab nak teman Hani cari baju raya . Kesian dia . Tinggal yang tak cantik je . Yela sebab dah pengakhiran kan . Mestila tinggal yang tak cantik je . Tapi alhamdulillah ade jugak . Aku just follow je dme dan tak beli pape pun :)


After iftor :)


Akak belakang tu pun nak posing jugak . Sibuk je --'


Aishah ni pun kaki shopping gak !


Hahahaha 10% less weh . Sape nak ?


Aliaaaaaa and me :D


Tengok Aishah nak beli kasut harga runtuh . HAHA


Jangan marah haaa nanti kena jual ye Aliaaaa :) Siput -___-


Opppss my jari ! Abaikan okay :)


K sebenarnya kitorang tunggu mek ni la beli kasut . Sampai dah berapa gambar kitorang snap . Die , satu kasut pun takmau beli . HAHA


Nak dijadikan cerita yang panjang , kitorang ni sampai APIUM dalam pukul 11pm gitu . Kitorang punye kete sewa , kitorang sewa dari luar . So , kitorang takut guard marah , kitorang nak mintak tolong ikhwah utk hantarkan . Dalam kepala otak aku terus terpikir Ulwan . So , aku try mesej die kot die busy ke dengan Majlis Penutup Program Syam'un tu . Nampaknya macam busy so aku takde la nak susahkan dia . Kang naik minyak plak pakcik Putrajaya tu . HAHA so , the second person is Luqman . Haha sepupu aku kat sini yang juga merangkap student kat APIUM ni . Call la dia then dia kate boleh je . So , ON la die yang hantarkan . Thanks Luqman . You're our HERO . Hahaha haktuihh . btw , JASAMU DIKENANG okay :)

Second night is with Nada , Madihah , Suha , Aifaa and Ekyn . Perrghh lagi dahsyat hari kedua ni . Actually kitorang dari pukul 11.30am keluar utk pergi survey tempat rehlah kami iaitu Pusat Asuhan Orang Asli kat Kok Lanas . Tup tup orang tu ajak berbuka sekali kat situ . Takkan kitorang nak tolak kan . Segan la . *rezeki jangan ditolak . Hehe so Ekyn , Aifaa and Suha stay je kat sane . Kesian dme tak dapat membersihkan diri . Aku tak boleh weh . Dah melekit satu badan dengan pakai baju yang kainnya agak panas . Aku , Nada and Alia balek APIUM sbb nak tukar driver sbb ptg tu Alia kena hantar member die ke airport . Tukar dengan Madihah . Balik tu , aku terus mandi and rehat jap atas katil . Penat wehh . Seriusly , pinggang ase nak patah . Dapat baring rase lega giler . Maklum la dari pukul 9am kelas Nasyatat sampai petang tak rehat-rehat . Memang ahh dengan hari panas terik gila nye . Memang mencabar betul hari tu . Huh naseb baek IMAN masih kuat lagi . HAHA

Kitorang bertolak dari pukul 5.30pm gitu la . Then singgah bazar Mulong nak beli apa yang patut . HAHA lame dah aku mengidam nak pergi bazar Mulong tu . Akhirnya dapat jugak ! Yesssss ! Then kitorang sampai sane dalam pukul 6.45pm gitu sebab jalan sibuk sangat orang balek kerja dan tempat tu pun jauh la jugak . Kitorang ingat , kitorang je yang balek . Rupenye ikhwah pun balek jugak . Tidur katenye . Puihh . HAHA siot je korang ni . Then selesai iftor kitorang rehat sat dan solat sebentar . Dalam pukul 8.15pm gitu kitorang chawww !

Then , bermulalah segalanya . Kitorang sampai APIUM pukul 9.00pm then kitorang terpikir baek sampai pukul 10 je gune kereta tu sebab nak cukupkan bayar rm10 sorang . So , kitorang nak tau kereta ni ditempah pukul berapa then Aifaa pergi tanya guard . Die kate sampai pukul 11.15pm rm60 . Ahhhhh memang TERBAIK ahh . Terus kitorang chaww keluar balek . Nak berseronok kononnye wehh . Seronok sangat dengan pasang lagu raya nya . Macam nak balek kampung je padahal semua duk negeri lain-lain . HAHA 

Kitorang pergi jalan-jalan kat Wakaf Che Yeh :) Tak tahu nak cari ape sebenarnya . Just jalan-jalan release tension je wehh . Hahaha tetibe aku terasa nak beli baju kelawaw (kelawar) Aifaa pun same . Orang lain keluar sebab nak cari baju raya , kitorang cari baju kelawaw plak . HAHA lawak lawak . Lantak ahh tetibe je ade rase nak beli baju kelawaw . Beli je lah :) Then sampai pukul 11pm gitu kot . Dan rm60 juga yang keluaw . HAHA isokey janji PUAS wehh ! Then kitorang buat jamuan kejap kat bilik aku dan diorang tidur bilik aku sebab roomate aku semua dah balek :) So , tinggal aku sorang-sorang je kan . Baik suh dme tidur bilik je . Dme pun suke sebenarnya . HAHA 

Untuk second night ni takde gambar sekeping pun sbb aku tak larat nak snap gambar dah wehh . Seharian bekerja mencari nafkah untuk anak-anak . Haha ayat aku tak boleh blah . 


Okay , benda ni aku suh orang belikan sebab aku tak tahu la earphone aku tercicir kat mane wehh . Terkejut aku tengok earphone aku takde dalam beg :'( Nasib baek ade orang baik nak tolong belikan dan belanje sikit :) Thanks kawan !

K bye . That's all !


Comments

Alia Ali Ahmad said…
Woi , kau kutuk bahasa melakaw aku la. ! Haha . Hawaw kau .
Farah Aida said…
Haha biaw la. Aku suke taw :)

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-