KEKASIH HATI yang ketiga telah dipanggil oleh Allah :'(


Bismillah.




Allahuakbar ! Sungguh berat ujian kali ini :'(
Bak kata Athirah,


Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.

Allah, aku masih belum kuat untuk melupakan semua ini. Setiap hari mesti aku menangis kerana teringatkan dia. Aku masih lagi di awang-awangan. Kadang tu, terdetik kat dalam hati ;


Betul ke dia dah takde? Macam tak percaya je -.-

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku cuba untuk SENYUM. Tapi, masih susah untuk mengukir satu SENYUMAN yang ikhlas buat masa ni.

Aku mengharapkan SEMANGAT dari kawan-kawan. Kawan-kawan, aku masih belum KUAT. Airmata masih lagi beratur untuk dikeluarkan. Memori dua bulan yang lalu sangat memberi kesan kepada diri aku. 

Aku masih ingat lagi, dia yang hantar aku ke stesen bas untuk pulang ke Nilam Puri bersama Kak Paridah, mak dan Ayong setelah aku bercuti selama dua bulan lebih.

Abang, kau sentiasa di hati kami. Semoga Allah letakkan kamu bersama dengan orang yang beriman. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk abang. 

Kehilangan abang sangat dirasai oleh semua orang. Abang orang yang baik. Abang bukan orang jahat. Abang pergi dulu pun sebab Allah sayang abang ^^

Abang, kenangan kita satu keluarga tidak akan hilang. Adik sentiasa ingat abang. Dalam solat, bila nak tidur, bila makan, semua masa lah adik ingat. 

Adik tak KUAT lagi abang. Adik masih teringat masa kita beraya sama-sama time raya pertama tu. Abang happy sangat hari tu. Adik pun happy sebab dapat hadiah hari raya dari abang. Rupanya, itu hadiah terakhir dari abang untuk adik :'/

Abang, adik RINDU abang :'( Adik RINDU seseorang yang selalu tegur adik kat chat, mesej sayang-sayang kat handphone, tanya bila nak balik kampung, semualah. Sekarang, abang dah takde. Allah dah ambil abang. Takpe, sebab dia PENCIPTA segalanya. Allah sayang abang kan? ;) Adik doakan yang terbaik untuk abang.

Abang tunggu kami kat SYURGA ye? Dengan abah sekali. InsyaAllah ^^


Kadang-kadang orang yang kuat boleh berubah menjadi seorang yang lemah bila orang yang dia SAYANG sudah tiada di dunia.

Comments

Unknown said…
:') kuatkan hatimu sahabat~

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-