Nikmat Perpisahan Insan Ber'couple'
Assalamualaikum dan selamat pagi untuk hari study week yang ke berapa entah :D hehe "Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia ." "Kenapa pulak?" "Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah." Perghhh ! terbaiklah bro ! Alhamdulillah. Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah. Ya. Begitulah. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu. ~ Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih ~ Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaa...