Saya Sayang Sahabat Saya ♥
Bismillahirrahmaanirrahiim. Sekali bersahabat. Selamanya sahabat. Sampai tibanya akhirat. Sehingga syurga. Sahabat, Saya sayang kamu semua! Pernah saya ungkapkan pada mereka, "Hei. Saya sayang kamu semua. Maka saya hendak kamu semua sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang pada kamu semua kerana ALLAH, maka kerana ALLAH saya menegur kamu semua." Pernah saya bisikkan dari jauh pada mereka, “Hendak berjiran dengan kamu semua di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAH izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu semua ada di dalamnya. Boleh tak?” Dia menjawab, "Kami tak layak. Kami bukan seorang hamba yang baik!" Saya tepuk bahu mereka dari kejauhan, "Hei, mari sini. ALLAH masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kita berusaha bersama-sama." Matanya bergenang, "Saya sayan...