Majlis Berbuka Puasa di Rangnok Restaurant bersama Dr Najib :)
Bismillah . Assalamualaikum readers . "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" - Al-Baqarah : 183 - Alhamdulillah, kelmarin ada orang belanja untuk majlis berbuka puasa bersama Mentor kami, iaitu Dr Ahmad Najib bin Abdullah. Semoga Allah merahmati hidupnya di dunia & akhirat. Ameen :) Bertolak dalam pukul 7.00malam. Perjalanan hanya mengambil dalam 10minit sahaja nak ke sana :) Cuma ada orang lain yang terlajak sampai ke Tanah Merah bagai. HAHA :D Untuk geng NILA, aku dengan Fiqah je kereta lain. Yang lain satu kereta. Tapi, diorang bertolak lebih awal sebab nak beli kek buah sempena menyamput birthday Ukhti :) Diorang ni lah yang sesat sampai ke Tanah Merah sebab diorang tak tahu jalan tapi diorang gerak ke restoran tu dulu. Mana tak nya :p HAHA. Aku dengan Fiqah sampai restoran tak tahu nak buat apa. Orang lain dah tangkap gambar bagai. Kami ni, duduk je la du...