Sahabat Hingga Ke Syurga ♥
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah redha dengan apa yang bakal saya kongsikan ini. That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen :) Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah. Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku, tidak lain kerana Allah Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya, agar tetap kakiku di jalan ini Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati