Kahwin Muda :D
In the name of ALLAH , the Most Gracious and the Most Merciful .
hye readers , Assalamualaikum .
Ni entry kedua untuk hari ini . Entah la . Semenjak due menjak ni aku tak banyak story nak cerita . Jadi , aku share benda benda camni je la . Harap korang boleh terima . HEHE . Sekarang ni status kawan - kawan aku semua menjurus kepada KAHWIN . Majoriti la katekan termasuk aku . Kalau aku tulis je status mengenai kahwin , ramai gile kawan aku LIKE . Means , diorang suka dengan statement kat status aku . Pada masa yang same , jiwa diorang sekarang ke arah itu . Humai kata , status aku semakin matang . Die la pengeLIKE yang setia sekarang ni . btw , Thanks humai (: Sebab sudi LIKE status-status MATANG aku tu . Whoaaaaaaaaa :O
1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sahsiah rupa diri yang baik dan elok . Bukan hanya di buat-buat atau berlakon . Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda .
2. Tunjukkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara . Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama . Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja .
3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda . Pastikan solat cukup , rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi .
4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT .
5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi . Jika anda masih belajar , anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan . Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu . Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda !
6. Jika anda berdua masih belajar , pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1 . Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda . Setelah anda tamat belajar , barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah , jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda , pasti tiada masalah . Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing .
7. Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan . Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda .
8. Nyatakan secara spesifik kepada ibu bapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak .
9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka .
10. Akhir sekali berbincanglah dengan lemah-lembut dengan ibu bapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin . Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak . Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan . Mereka amat mudah terasa dan sensitif .
Comments