Untitled. Haha. Entry random :)
Selamat Malam semua :)
Tafaqquh time. Hikhik. Curi masa kejap. Hmm, seriously harini hari yang sangat penat untuk aku. Pagi biasalah kuliah semua. Petang ada liqa' MT ( tangan ke bahu mata ke atas ) , then ada practise KALAM JAMAIE untuk Majlis Penutupan TOBUR ( gabung dengan majmuah 1 ) sampai maghrib and sekarang TAFAQQUH.
With Afiqah during KEMAHIRAN QURAN's class. Me, as usual like this activity. Wkwkwkwkwkwk :D
Mek ni suka spoilkan gambar. Tak faham aku. Aku dah cukup comel dah. Dia yang memburukkan gambar. HAHA. Bak kata aku "kau tak comel Alia , tapi kau cantik ( sambil buat muka )"
TAAYAH GIRLS :) While waiting for that DK. Time tu ada sem 4 tgh class. Kitorang lepak luar dulu lah sementara menunggu diorang habes class :)
Hmm , btw harini nak share something yang aku rasa benda ni jarang berlaku kat diri aku. Ehem. Bismillah.
Time liqa' MT tadi , tetibe je aku nak tanya part of my NILA about this statement ;
"Aku rasa kan , apa yang Alia rasa dulu , aku sedang merasainya sekarang. Iaitu BENCI kat semua orang ( budak majmuah jerrrrr ) . Apa pendapat korang ? "
NILA 1 said :
Firman Allah yang bermaksud : "Boleh jadi kamu bencikan sesuatu tapi itu baik bagi kamu , boleh jadi kamu sukakan sesuatu tapi itu tidak baik bagi kamu" - Al-Baqarah : 216 -
Okay , bila kita tadabbur ayat ini , yang pertama kita kena fikir ialah "relate"kan ayat ini dengan kehidupan kita. Then tanya pada diri , "KENAPA AKU BENCI?" dan "KENAPA AKU SUKA?"
"Kadang-kadang" kita kena fikir apa yang kita suka dan apa yang kita benci tu , adakah kedua-duanya berdasarkan nafsu semata-mata atau kerana Allah ? BOLEH kita bencikan orang lain tapi dengan syarat KERANA ALLAH , bukan kerana NAFSU. Macam mana nak tahu? Tanya hati , sebab apa tetibe je aku benci orang lain ? Bolehkah semua orang pulak tu aku benci ? Kalau kita benci betul-betul sebab Allah ni , maksudnya kita benci sebab dia buat apa yang Allah larang dan dia tidak buat apa yang Allah perintahkan. Tapi kalau kita rasa kita benci kerana nafsu , maksudnya kita rasa kita benci tapi tak tahu sebab apa. So, tanya hati , yang mana satu antara kedua-dua ni.
Kalau kau rasa kau tergolong dalam benci kerana nafsu , istighfar dan mohon dilindungi dari syaitan. Sebab mungkin apa yang kau rasa ( benci ) tu , dari syaitan. And kalau boleh , banyak dekatkan diri dengan Allah. Itu paling utama. Okay , fikir baik-baik yer sayang. Luv you ^_^
NILA 3 said :
Tak apa , mungkin rasa sayang itu akan datang suatu hari nanti , haha INSHAALLAH.
NILA 4 said :
Benci ? Perasaan yang hadir tidak mudah dinyahkan. Ko hipokrit je lah. Ko pendam je benci tu. Jangan tunjuk. SMILE :) InshaAllah dengan senyum tu ko dapat buang benci tu. Like Ustaz Azhar Idrus kabo , "Senyum boleh melemahkan musuh" , musuh ko tu , perasaan BENCI.
NILA 7 said :
"Sayang apa khabar denganmu?" . Ehem. Mula-mula perasaan benci tu datang dari syaitan. Kalau kita layan perasaan benci tu , maknanya kita benarkan syaitan hasut kita. Kita tak boleh benci orang. Sebab secara semulajadi , Allah sayang semua makhluknya.
Conclusionnya :
It depends on me actually. I don't know why that feeling comes to me :( Setiap kali aku nampak muka diorang , secara automatiknya perasaan BENCI tu datang ! Mungkin aku susah untuk melupakan apa yang mereka dah buat kat aku kot. But , I wanna tell you , this is the first time aku rasa camni. Before this tak pernah pun. Kalau tak suka pun , tak suka gitu-gitu je. Aku bukan jenis pendendam. Tapi sekarang ni dah lain macam pulak. Ehem. Takpela. Lepaskan benda ni kat ALLAH :) InshaALLAH everything will be okay :D
Pray for me okeh :)
p/s : hari Sabtu pagi , aku berjaya menghabiskan menonton dua cerita hantu ! Wkwkwkwk :D
Kbye !
Comments