Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .
Assalamualaikum dan syukur ke Hadrat Illahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan mencari redha-Nya (: Sebenarnya tanpa kita sedari , kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan . Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian ? Pasti ada hikmah ! Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia . Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain . Nauzubillah . Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada." (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim) Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah . Ayuh , beristighfarlah ! Ingatlah tujuan hidup ini . Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA . Firman AL...
Comments
Myra singgah blog ni sambil jemput join bloglist saya. *wink
Tq. :)