Posts

Showing posts from October, 2013

Sahabat Hingga Ke Syurga ♥

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga Allah redha dengan apa yang bakal saya kongsikan ini.
That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen :)

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah.

Sahabat yang soleh Laksana penjual kasturi Sedikit kesannya Keharuman melata

Bukan semua orang suka kita ( Part 1 )

Image
Assalamualaikum readers.
Bismillahirrahmanirrahim :)


Saya gadis biasa, tidak punya apa-apa. Saya tidak pandai apa-apa. Menulis hanya menjadi cara untuk meluahkan rasa dan membuat saya bahagia.
Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan. Bukan juga semua orang tidak suka kita jika kita lakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan.


Kadang-kadang kita dapat tahu ada orang lain tidak suka kita.Malah kita tahu dia pernah mengumpat dari belakang. Atas bisikan Syaitan yang mahu manusia itu berpecah, kemarahan pasti membuak dalam diri.Maka, cubalah sabar dan katakan pada diri,"Allah ciptakan mereka kerana kasih kepadaku.Kerana ini adalah ujian untukku" Pasti kemarahan tersebut akan terganti dengan ketenangan. Insyaallah.
Kerana semua orang ada pandangan yang berbeza. Perangai yang tidak sama. Walaupun dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh daripadanya tidak suka kita. Tidak mengapalah, bentukkan senyuman pada bibir dan terus mara. Asa…