Posts

Showing posts from 2013

Special Day untuk Majmuah Empat ♡

Image
Bismillahirrahmanirrahim :) Alhamdulillah Allah masih membenarkan diri aku untuk bernafas pada hari ini . Hari ini merupakan giliran kelas kami untuk membuat persembahan MUNTADA untuk Bahasa Inggeris. Alhamdulillah everything going well :) "BREAKING NEWS on TV4" and me as the news reader combined with Madihah Izyana :) Thanks to Allah and to all of us who are cooperate for this commitment . Bukan senang kot . Latihan yang kitorang buat pun semalam sahaja bermula pukul 10.45 malam sampai 1.00 pagi . Nak nak , hari ini kitorang ada exam NAHU pulak kan . Lepas abes je latihan tu , aku dengan Fiqah turun bilik akademik untuk study sebab kitorang tak study pape pun . Time latihan pun masing - masing resah jugak sebab tak study langsung kan . Tapi takpe , kami berkorban demi Teacher Saiful Nazirah ;) Enjoy all the photos! Sumpah aku tak tipu ! Aku bakal merindui semua ini :'( Benci gila lah bila dah nak habes nihh . Ahhhhhhh sedih sedih . Hail

Kebosanan Melampau Tahap Kritikal

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum readers :) *perasan tak header baru?* Sekarang ni, aku tengah cuti mid-sem. Hmm sedih je rasa. Sebabnya, tinggal berapa bulan je lagi nak study kat Kelantan tuh :'( Seriously, sedih sangat-sangat ! Best sangat study kat Kelantan tuh. Al-maklumlah, negeri serambi Mekah :D Memang seronok study kt Kelantan ni sebab, rasa lebih selamat sebab kat sana jarang sangat ada barang hilang meskipun letak barang merata. Alhamdulillah. And cuti ni sangat busy dengan assignment, kerja luar lah. Adoiii. Yang esaimen nye, nak siapkan slide hadith, bahas untuk ulum hadith, nak siapkan skrip muhadathah, siapkan bahas Maqal. Fuhhh ! Serius, cuti ni rasa macam banyak sangat kerja tertangguh dek kerja luar :'( Design name tag untuk program MAC *kokorikulum kelas* And design baju tak boleh tunjuk lagi, SUPRISE :D Hahah. Actually, design tu dah hampir siap cuma nak kena baiki sikit je lagi :) InsyaAllah. Aku teringat ada satu masa t

Awak dah berpunya ke?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dah lama gila tak update blog ni hah. Sarang labah-labah pun ada. Huahua >.< Sedar tak sedar, dah nak akhir tahun 2013 dah :( Sekali gus, aku dah nak masuk 20tahun dah. Yeayy boleh kahwin ! :D Hahahaha. *just joking* Soalan yang pasti kedengaran, “ bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”. Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya. Eceh, bab kahwin haa. Idok laa. Dah masuk fasa yang boleh bicara soal kahwin dah ni ;) Macam mana kita nak kenal calon pasangan hidup tanpa bercinta? Yelah, orang kata bercinta sebelum nikah tak syok. Sebab bila dah kahwin nanti, kita dah jadi bosan dengan pasangan kita tu. Bagi aku, betul lah tu. Sebelum kahwin, bercinta bagai nak rak. Berkepit sana sini. Mesej almost time. Dating seminggu 3, 4 kali. Cium pipi sini, "terima kasih" Kepala hotak kau terima kasih ! Perempuan takde maruah ! Kesian mak ayah kau. Aduiiii. Makcik Fara dah sta

Sahabat Hingga Ke Syurga ♥

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah redha dengan apa yang bakal saya kongsikan ini. That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen :) Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah. Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku, tidak lain kerana Allah Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya, agar tetap kakiku di jalan ini Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati

Bukan semua orang suka kita ( Part 1 )

Image
Assalamualaikum readers. Bismillahirrahmanirrahim :) Saya gadis biasa, tidak punya apa-apa. Saya tidak pandai apa-apa. Menulis hanya menjadi cara untuk meluahkan rasa dan membuat saya bahagia. Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan. Bukan juga semua orang tidak suka kita jika kita lakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan.   Kadang-kadang kita dapat tahu ada orang lain tidak suka kita.Malah kita tahu dia pernah mengumpat dari belakang. Atas bisikan Syaitan yang mahu manusia itu berpecah, kemarahan pasti membuak dalam diri.Maka, cubalah sabar dan katakan pada diri,"Allah ciptakan mereka kerana kasih kepadaku.Kerana ini adalah ujian untukku" Pasti kemarahan tersebut akan terganti dengan ketenangan. Insyaallah. Kerana semua orang ada pandangan yang berbeza. Perangai yang tidak sama. Walaupun dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh daripadanya tidak suka kita. Tidak mengapalah, bentukkan senyuman pa

Demam Peperiksaan :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Lamanya tak update blog. Hmm, maklumlah aku tengah final exam ni kan. Time study week pun tak sempat nak update pape. Time tak bukak laptop, idea mencurah-curah nak update, tapi bila dah bukak laptop ni tak tahu nak update mende. Ni pun sebab ukhti punya pasal tadi. Nak amik lagu nak masukkan dalam video dia. Huh -.- Ukhti ukhti ! Lawak betul lah dia ni. Semangat beno nak buat video TARIM dia tu. Tapi, bila nak masuk dalam FB, tak keluar pulak. Aku pun tak tahu kenapa. *gambar hiasan* Okay, nampaknya macam dah lari tajuk. HAHAHA :D Semalam exam MATH . Alhamdulillah, boleh la jugak buat. Soalan tahun lepas kan. Fuhh ! Terima kasih kepada Fadhilah, Fiqah, Yana, Wa dan sesiapa yang study sama-sama dengan aku kat bilik akademik tu. I love them ! Much :) And harini aku exam HADITH . Pagi tadi, sedap je aku tido sampai la pukul 8.30pagi. Fiqah kejut pun aku malas gila nak bangun. Ngantuk sangat ! Dengan tak mengulang hadithnya. Bagus kan PELAJA

Liku-liku kehidupan aku -.-

Image
Assalamualaikum pembuka bicara, Sekeping gambar ku hidang seketika. Erk -.- Pelik je bunyi. Hai semua orang :D Rindunya nak berblogging. Alhamdulillah, semua perkara dah selesai. Except, NAHU yang tak sudah-sudah tu -.- Uwekkkk ! Nak termuntah dh aku dibuatnya. Contoh ayat, contoh ayat ! Arrghh penat tahu tak ! Btw, tadi pergi makan KFC kat TESCO dengan Fiqah, Alia, Najihah dan Wa. Siot ah, lapar gila kot. Tapi serius perrgghh. Macam-macam liku kena tempuh sebelum dapat keluar tu. Urgh *big sigh* It's okay. Alhamdulillah. Kenyang juga akhirnya >.< And bila balik buat Nahu sekejap kat Bilik Akademik. Target nak siapkan satu page je. Hahaha :D Pelajar cemerlang kan aku? Padahal ada 11 page lagi nak kena siapkan. Tapi, aku penat la tadi. Cehh, padahal keluar makan je pun -.- Hahah. And, bila aku dah siap tu. Online kejap guna phone Fiqah. Sementara tunggu tu, bukak instagram. Pastu facebook. Hancur kot hati aku time bukak FB tu. Ya Allah, hanya Tuhan je y