Bukan semua orang suka kita ( Part 1 )

Assalamualaikum readers.

Bismillahirrahmanirrahim :)


Saya gadis biasa, tidak punya apa-apa. Saya tidak pandai apa-apa. Menulis hanya menjadi cara untuk meluahkan rasa dan membuat saya bahagia.

Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan. Bukan juga semua orang tidak suka kita jika kita lakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan. 


Kadang-kadang kita dapat tahu ada orang lain tidak suka kita.Malah kita tahu dia pernah mengumpat dari belakang. Atas bisikan Syaitan yang mahu manusia itu berpecah, kemarahan pasti membuak dalam diri.Maka, cubalah sabar dan katakan pada diri,"Allah ciptakan mereka kerana kasih kepadaku.Kerana ini adalah ujian untukku" Pasti kemarahan tersebut akan terganti dengan ketenangan. Insyaallah.

Kerana semua orang ada pandangan yang berbeza. Perangai yang tidak sama. Walaupun dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh daripadanya tidak suka kita. Tidak mengapalah, bentukkan senyuman pada bibir dan terus mara. Asalkan kita sedar siapa diri kita dan Allah suka kita.

Biarlah orang kata , 
"Aku tak suka kau." 
Maka jawab sajalah,

 " Bukan semua orang suka dengan saya macam itu juga dengan awak. Kerana awak adalah ciptaan Allah. Tak sempurna :) "

You get it?

Maybe one day, if aku ada kekuatan nak tegur semua tu, I'll do it :) But, aku rasa mesti takde yang nak dengar apa yang aku tegur tu nanti. Yela, siapalah aku :( Sobs. Haha :D

And one more thing. This is only my opinion. Diorang mungkin dah banyak kali tegur tapi takde sorang pun ambil kesah. Nampak tak? Yes. Di sini pendapat saya. Mungkin orang yang diorang tegur tu dah hilang hormat dekat diorang kot *including me* 

Maaflah andai diri ini kelihatan seperti mencabar mereka. Bukan kerana aku tak suka diorang tetapi aku tak suka attitude diorang je. Maaflah jika perkara ini kelihatan seperti aku tuju kepada semua tetapi sebenarnya hanya beberapa dan mungkin seorang sahaja.

After this, pleaselah bagi komitmen pada kelas. Kelas pun memerlukan diorang jugak. Especially bila buat discussion untuk assignment. Hmm, diorang suruh faham diorang tapi diorang tak pernah nak faham kitorang ni. At last, next semester, aku decide biarlah diorang satu group. Senang kerja! Diorang senang. Sebab selalu lepak bersama :) *this is not sarcasm okay, this is the truth*
Kadang-kadang kita selalu nak orang faham kita, tetapi adakah kita cuba faham keadaan orang lain?


Fahami itu. Okay. Pen-off. Allah is calling me :) Daa!

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-