Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .


Assalamualaikum dan syukur ke Hadrat Illahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan mencari redha-Nya (:


Sebenarnya tanpa kita sedari , kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan . Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian ? Pasti ada hikmah !
Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia . Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain . Nauzubillah .
Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah . Ayuh , beristighfarlah ! Ingatlah tujuan hidup ini .
Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA .
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)
Kita sebagai manusia kena sedar , bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal . Jangan pandang kelemahan orang , jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka . ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya .
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)
Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain . Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah bersaudara .
Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadi orang yang berjaya , kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita . Di mana kekuatan kita . Di mana minat kita. Di mana kekurangan kita . Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain . Jangan sekali-kali . Dalam diari kita , jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi . Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu , kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan .

Ingatlah , jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun . Bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu . Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya ALLAH yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta . Tidak ada selain DIA ! Jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub , takabbur , dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati .
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Kawan-kawan , jika kita dah pakai tudung labuh , kita dah merasa kita hebat , itu salah . Jika kita selalu bercakap mengenai agama , kita dah rasa kita hebat , itu juga salah . Jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek , kita dah rasa hebat , itu juga salah . Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya .
ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita . Kita akan sentiasa diuji . Letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan , percakapan mahupun tingkah laku kita . Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang ! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana ALLAH SWT .
From now , let's renew our niat . Just for Allah only because HE is our CREATOR (:

Love ,
Capital FA

Comments

Anonymous said…
tats right!! btw, 2nd last image tu comel la..FA buat ker?? huhuhu
http://wanie-raina.blogspot.com/2012/07/course-in-unimas.html
Farah Aida said…
Tak tak . Amek kat google je . Teman tak pandai lagi nak buat gmbr macam tu lagi . InsyaAllah nnt saya try . Mekasih (:
Anonymous said…
salam,
jalan-jalan sore disini ya..

Popular posts from this blog

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-