Awak dah berpunya ke?

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama gila tak update blog ni hah. Sarang labah-labah pun ada. Huahua >.<



Sedar tak sedar, dah nak akhir tahun 2013 dah :( Sekali gus, aku dah nak masuk 20tahun dah. Yeayy boleh kahwin ! :D Hahahaha. *just joking*

Soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”.

Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya. Eceh, bab kahwin haa. Idok laa. Dah masuk fasa yang boleh bicara soal kahwin dah ni ;)

Macam mana kita nak kenal calon pasangan hidup tanpa bercinta? Yelah, orang kata bercinta sebelum nikah tak syok. Sebab bila dah kahwin nanti, kita dah jadi bosan dengan pasangan kita tu. Bagi aku, betul lah tu. Sebelum kahwin, bercinta bagai nak rak. Berkepit sana sini. Mesej almost time. Dating seminggu 3, 4 kali. Cium pipi sini, "terima kasih" Kepala hotak kau terima kasih ! Perempuan takde maruah ! Kesian mak ayah kau. Aduiiii.

Makcik Fara dah start bebel :D


1. Mengenali Calon Pasangan: Keadaan Keluarga

“Pilihlah calon suami / isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat” (HR Abu Daud)

Jelaskanlah kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Contoh tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan and so on.
Benda ini untuk melengkapkan informasi pasal calon pasangan kita. Melalui informasi ini kita boleh mengetahui siapakan calon – calon pasangan kita ini. Bagaimanakah latar belakang keluarganya dan perkara – perkara lain yang penting untuk kita tahu.

2. Mengenali Calon Pasangan: Harapan Dan Prinsip Hidup

Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah ketua dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera.
Kerana itu setiap calon pasangan kena tahu harapan dan prinsip hidup masing – masing. Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata – kata sedemikian rupa seperti, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah“, atau, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah.
Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih santai, macam, “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti“. Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Sebab banyak kemungkinan yang mendatang ;)

3. Mengenali Calon Pasangan: Kesukaan Dan Perkara Yang Tidak Disukai

Dari awal sebaiknya tahu apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Sampai nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, sebab kita dah tahu dari awal kan.
Dalam pelayaran bahtera rumah tangga perlu saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan pedas, sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka. Betul tak? *ehek*
Suami yang memang tak suka berkemas kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana dah tahu dia macam mana. Dah pernah bagitahu dulu ke.
Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Bukan jugak untuk terus bersikap seolah – olah belum berkahwin.
Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Kalau boleh perubahan yang terjadi adalah natural, dan tidak saling memaksa.

4. Mengenali Calon Pasangan: Ketakwaan Calon Pasangan

Apa yang terpenting semasa taaruf?
Yang semestinya menduduki keutamaan tertinggi adalah bagaimana nilai ketakwaan lelaki / wanita tu.
Ketakwaan disini adalah ketaatan kepada Allah. Kerana apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya.
Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?
Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur.
Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua, and else.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.
Mana yang tak jumpa lagi ;
Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama si dia yang halal.

Hadiah. Untukmu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-