Rindu S A H A B A T ;)


Hello peeps ;)



Bila cuti panjang mcm ni , rasa rindu sangat kat SAHABAT. Maklumlah , dah tau takkan berjumpa dalam jangka masa yang lama. Tu pasal la kadang-kadang tu dok active sangat berfacebook sampai tak ingat dunia. Text pun tak berhenti-henti. Hmm mungkin dengan cara itu sahaja aku dapat melepaskan rindu bersama SAHABATku :(



"Buat mereka yang pernah terguris perasaan dengan saya , saya mohon maaf. Dalam cuti ini, doakan saya banyak bermuhasabah diri"


Takpe biar rindu sahabat ni mekar. Indahnya RINDU SAHABAT ciptaan Allah. RINDU SAHABATlah merupakan titik ukur yg kita pernah bersama-sama dengan sahabat kita menempuh detik-detik gembira , dan juga sedih.


Namun begitu , istilah SAHABAT ni mahal harganya. Macam-macam ungkapan penulis lain saya baca. Antaranya:

"Sahabat ialah orang yang sangat kita percayai. Seorang yang menjadi diri kita yang kedua. Yang sanggup bersusah payah dan berkorban untuk kita"


"Seorang sahabat adalah mereka yang mengerti apa yang ada di sebalik jiwamu dan sudi mendengar walau hanya tangisanmu"


"Sahabat sejati memang sukar ditemui tetapi apabila sudah ditemui , jagalah dia seperti BIDADARI kerana sesungguhnya dia ialah kurniaan yang tidak terhingga dari Ilahi"




Alahai asyik cakap pasal SAHABAT je. Bukannya tak jumpa lagi pon. Toksah nk bajet rindu sakan sangat laa.

Tahukah anda , dengan merindui sahabat , at least kita terfikir perihal persahabatan kita. Kita ni ada sahabat ke tak? Mcm mana kita jaga persahabatan kita dengan org lain? Adakah sekarang ni kita ada sahabat sejati? Kalau xde , kenapa? Kenapa orang lain susah nak berkawan & bersahabat dengan kita? Dan kalau ada , sila jaga dia dengan sebaiknya.





Dan soalan-soalan macam ni buat kita lebih bermuhasabah diri. Itulah kepentingan berfikir soal persahabatan. Dan RINDU SAHABAT is one of the way :)

Selamat berombak rindu :)



Rindu my SWEETHEART :( 
*ini memang aku tak boleh nak tipu dah*

Hampir setiap masa aku hanya memikirkan keadaan dia. Memikirkan apa yang sedang dia buat. Sihatkah dia? Hmm. Kalau ikutkan hati , nak message sepanjang masa. Allah. Beratnya ujian ini.

Maybe I need to stop here. I'll continue to another entry exclusive for her.

RINDU SANGAT :'(

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-