Rindu yang tidak terluah.



Acececece, rindu siapa tuu?

Jangan berasa marah terhadap rindu. Jangan sedih bila rindu. Jangan biarkan rindu mengganggu kehidupan sehari-harian kita.


Rindu yang ada bukan untuk di buang. Tapi, rindu itu hendaklah di kawal oleh setiap empunya badan. Kalau rindu pada pasangan yang halal, di persilakan dan di alu-alukan menghubungi pasangan seandainya dia berada di kejauhan.

Kalau rindu pada seseorang yang tak mengetahui bahawa kita rindu pada dia. *tergeliat lidah aku sebut rindu*

1) Jangan Paksa Diri, Cuba Untuk Redha
Melakukan sesuatu perkara dengan cara terpaksa, selalu berakhir dengan rasa sakit atau penat. Parah rindu selalu semakin menjadi-jadi bila kita masih mengharapkan sesuatu dari cinta insan terlarang. Terima hakikat bahawa dia bukanlah orang yang di takdir sebagai jodoh kita, akan membantu kita menghilangkan perasaan tak di undang. Percayalah.

2) Doa Untuk Dia
Apa kita buat kalau kita jatuh hati pada seseorang? Tentu kita berharap dia menjadi takdir jodoh kita. Tapi, di sebabkan dia yang kita maksudkan sudah memiliki orang lain. Maka, setiap kali rindu itu mengganggu, doakanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita. Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak. Ya, semua pihak.

3) Doa Untuk Diri Sendiri Juga
Dalam kita mendoakan orang lain. Jangan lupa mendoakan untuk diri sendiri jugak. Doa senjata kekuatan orang mukmin. Doa bererti kita percaya ada yang Maha Kuasa mampu membantu kita dalam apa jua keadaan. Doa padaNya, bererti kita yakin kewujudan Pencipta Yang Berkuasa Mutlak ke atas setiap makhluk. 

Akan tiba masanya RINDU itu akan terubat ;) Sabar sikit. Eheeeee. Aku akui RINDU seseorang itu memang perit, tapi kalau kita sabar sikit, insyaAllah akan hadir kebahagiaan selepas itu. Acewahhh !

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-