Kerja vs Menganggur selama 6 bulan.



Situasi 1 ( dialog antara aku dengan mak )

Aku : Mak, kawan adik kerja kat taska kat kl. Dia kata, taska tu ada lagi kosong. Adik nak kerja situ, boleh tak mak?

Mak : *sambil makan kacang mengadap tv* Kalau boleh, carilah kerja kat sini dulu dik. Jauh-jauh susah. Duduk je la kat rumah ni. Nanti kamu dah pergi belajar kat kl , pastu kerja. Bila lagi nak duduk lama-lama kat rumah macam sekarang? Adik tak sedih ke tinggal mak?

Aku : Alolololo touching pulak mak. Hmm, saje je adik try tanya. Tahu dah mak mesti tak bagi. Yela, diorang bising suh adik keje. Adik tak reti nak cari kat sini.
Mak : *sambung makan kacang*


Situasi 2 ( dialog antara aku dengan k.cik )

Aku : *pakai blazer umnp* Mak taknak adik kerja jejauh. Aritu mak cakap camni "tak sedih ke nak tinggal mak"

K.cik : *pakai topi keledar* Mak cakap camtu? 

Aku : Haah, kenapa?

K.cik : Aku yang cakap kat mak camtu. Mula mak cakap, nak suruh kamu kerja. Aku cakap la, takpayah la mak. Biar je kamu duduk rumah. Bukan selalu kamu nak duduk rumah lama macam sekarang ni. Nanti kamu dah masuk umkl lepastu kerja. Mane nak dapat macam ni dah.

Aku : Ouh yeke. Hahaha. Mak lawak. *bonceng moto*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti 6 bulan ni, ramai yang aim nak kerja, nak kumpul duit nak masuk umkl nnt. Memang tak salah nak kerja tu. Tapi bagi aku, tak kerja pun takpe. Luangkan masa dengan family kat rumah pun dah okay. Dunia sekarang yang terlalu memerlukan duit untuk hidup sudah berjaya mengurangkan masa kita bersama keluarga. 

Yelah, kalau kerja macam cashier ke salesgirl ke keje pejabat or else yang balik malam tu macam tak sesuai kan. Masa dengan ibubapa dah kurang. Rugi. Sangat rugi. Kesian kat mak ayah. Time anak belajar, jauh dari mata. Bila cuti sem pun, jarang nampak muka anak kat rumah sebab kerja. So, manfaatkan lah masa berbaki 4 bulan lebih ni untuk diluangkan dengan parents n keluarga. Kasih sayang itu perlu dalam mengukuhkan hubungan dengan keluarga.

Ini cuma pendapat aku yang tak kerja ni lah. Btw, aku bukan malas tapi aku tak reti nak cari kerja. Tapi, aku duk rumah ni bukan makan duit mak aku 100% . Aku pun ada gak income sendiri based on buku terjemahan yang aku usahakan sendiri. Terjemah segala perkataan, pastu design semua tu beli barang print out semua page. Itulah hasil titik peluh aku. Malam-malam aku print out start lepas maghrib , nak dekat pukul 11 baru siap. Phewwww. Hasilnya lumayan lah jugak. Tapi taklah selumayan diorang yang kerja kt luar tu. Tapi, boleh lah beli powerbank 1 :) Hehe. Alhamdulillah. Allah Maha Pemberi Rezeki. Rezeki masing-masing berbeza kan.

And, aku tak kata diorang yang bekerja tu tak bagus. Bagus. Ada usahanya, ada income sendiri. Cuma kena pandai manage masa bersama parents je :) Masa ni lah kita nak berbakti kat parents kita kan.

Itu sahaja perkongsiannya. Al-fatihah buat Arwah Cikgu Roslan, suami Kak Ijan ( pengasuh anak abang aku ) yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.15malam , 22 April 2014 . Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak ( seorang lelaki dan seorang perempuan ) Semoga rohnya dicucuri rahmat. Moga Allah ampunkan segala dosa, dan diletakkan bersama orang yang beriman. Amin.

Mati itu pasti. Bersediakah kita? 

Comments

Fatihah Nazri said…
lama x jumpa.. nice lah menganggur.. sebentar jeee

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

♥ I'm starting admire him ♥ HAFIZ ZAINAL ♥