Don't make like this again.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum untuk semua sawang yang ada kat blog nih. 
Hewhewhew :D




Sebenarnya aku ada kecil hati dengan seseorang, entahlah, aku ni sensitif tapi aku maafkan orang yang buat salah kat aku asalkan orang tu mintak maaf, aku tak pandai nak bermasam muka, tambah-tambah kalau orang tu ada depan mata aku, tak tergamak rasanya, dan aku pun bukan seorang yang pendendam tapi bila sekali aku berdendam, memang susah nak maafkan. Tapi, kali ni merupakan kali kedua dia buat aku kecil hati dengan sikap dia.

Alkisahnya,
Minggu ni budak pendidikan dikejutkan dengan berita medsi. Budak yang tak isi borang pun kena ambil jugak ujian nih. Apalagi, terkejut beruk la siapa yang tak isi borang haritu tetibe dapat plak kan. Okay. Itu mukaddimah pertama. Haha. K. 

Aku kena ujian medsi kat UPSI, Tg Malim. Aku pun fikir la nak pergi macam mana sebab examnya hari Jumaat. Bila dah bagitahu abang aku, dia boleh hantar sebab dapat cuti Jumaat tu. Then, ada sorang member ni dia cakap kat aku yang dia nak pergi dengan aku. Aku pun kesian jugak la kan. Masa ni, abang aku tak sure lagi dia boleh dapat cuti ke tak. Bila abang aku dah bagi, aku pun bagitahu la dia kat wasap. Pastu senyap seribu bahasa. Aku sabar lah lagi. Last-last aku yang tanya dia camne, apesal senyap je. Pastu dia reply, dia tunggu _________ sebab ________ tak tahu nak pergi dengan sape. Aku pun, hmm okay.

And today, baru dia wasap yang dia pergi dengan _______ . Yang itu takpe, aku tak kesah cuma ayat dia macam tak bersalah sangat. Aku ni tak kesah sangat pun dia nak ikut aku ke tak. Tapi, please jangan jadikan aku sebagai spare-part kau okeh? Aku sangat tak suka. Sebab benda ni melibatkan family. Kalau kengkawan aku tak kesah sangat dah. Tapi, family aku lah. Aku maluuu dengan diorang.

Aku pun malas nak besarkan hal ni. Aku tak bagitahu dia pun aku kecil hati. Sebab ada sorang member aku cakap ni hal kecil. Aku pun malas lah. Dulu pun kau pernah buat aku. Tapi, aku maafkan kau. Itupun lama jugak aku ambil masa nak maafkan. Eventhough aku tahu aku lagi banyak buat kau kecil hati dengan sikap aku time kt UM dulu. But, aku pun manusia. Punya hati dan perasaan. 

Tapi, takpelah. Setiap manusia ada buat silap. Tapi, kau kena ingat. Aku hormatkan sebab kau lagi baik daripada aku. Aku tak semulia kau. Aku tahu. Kalau aku tanya sesape pun, kau lah better dari aku. Tapi, jangan disebabkan aku bukan "usrah" kau , kau buat aku macam takde perasaan. Perasaan keluarga aku.  Okeh? Semoga Allah lindungi kau. Amin.




Berubahlah.

*mungkin lepas ni aku susah dah nak tolong kau selagi aku belum maafkan kau. maafkan aku, sebab aku pun manusia biasa. mungkin juga aku susah nak anggap kau sepertimana aku anggap kau dahulu*


Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-