Kebosanan Melampau Tahap Kritikal

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum readers :)
*perasan tak header baru?*

Sekarang ni, aku tengah cuti mid-sem. Hmm sedih je rasa. Sebabnya, tinggal berapa bulan je lagi nak study kat Kelantan tuh :'( Seriously, sedih sangat-sangat ! Best sangat study kat Kelantan tuh. Al-maklumlah, negeri serambi Mekah :D Memang seronok study kt Kelantan ni sebab, rasa lebih selamat sebab kat sana jarang sangat ada barang hilang meskipun letak barang merata. Alhamdulillah.

And cuti ni sangat busy dengan assignment, kerja luar lah. Adoiii.

Yang esaimen nye, nak siapkan slide hadith, bahas untuk ulum hadith, nak siapkan skrip muhadathah, siapkan bahas Maqal. Fuhhh ! Serius, cuti ni rasa macam banyak sangat kerja tertangguh dek kerja luar :'(




Design name tag untuk program MAC *kokorikulum kelas* And design baju tak boleh tunjuk lagi, SUPRISE :D Hahah. Actually, design tu dah hampir siap cuma nak kena baiki sikit je lagi :) InsyaAllah.

Aku teringat ada satu masa tu, aku cakap yang aku tak boleh buat dah kerja-kerja yang banyak sebab kerja aku banyak sangat tak buat lagi. And ada lah orang cakap ;

"Kerja apalah sangat kau kena buat"

"Hello, aku ni banyak kerja belakang tabir, memang lah korang tak nampak. Aku pn tak perlu nak bagitahu semua orang aku buat kerja tu aku buat kerja ni"

Actually time tu aku macam terasa and geram sikit. Memanglah nampak luarannya aku macam tak buat kerja, tapi dalamannya diorang tak tahu betapa complicatednya kerja yang dah sedia ada. Diorang cakap senanglah kan, MULTIMEDIA. Nak bagi yang terbaik bukan senang beb ! Kena lalui fasa kesusahan dia dulu. Aku pun tak pernah nak pertikaikan kerja orang lain. Sebab aku tahu setiap orang ada keperitan kerja masing-masing. So, dah dapat kerja tu, just do your best. Takpayah nak pertikaikan kerja aku. Aku tahu apa yang aku buat. And aku sebenarnya banyak berkorban volunteer buat itu buat ini.

Actually, design baju tu aku tak reti pun. Tapi, bila aku teringat kawan sekolah lama aku pandai bab ni, aku dengan rela hati nak tawarkan diri untuk jadi PIC untuk design baju. Nak nak, time tu semua diam je. Buat muka tak bersalah. At least fikir lah sikit untuk majmuah. Bila dah bagi kerja kat orang, satu je aku mintak, jangan pertikaikan kerja orang lain. That's all. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Settle !

And one more thing, aku sangat tak suka orang yang suka sangat mengarah aku. Aku PANTANG orang macam ni. Hey, kau ingat kau tu bagus sangat ke? Aku penat lah asyik nak kena arah dengan kau je. Aku penat tahu tak ! Kalau nak bagi kerja kat aku, please la jangan bagi last minute. Seriously aku tak suka.

Kalau kerja bab komputer, semua tunding jari kat aku. Kadang aku penat jugak tapi, bila aku fikir balik, kalau orang lain yang buat kerja ni, aku pulak yang tak puas dengan hasil kerja orang lain. Hahaha :D And kerja komputer ni lah kerja yang paling MUDAH bagi aku. Mungkin sebab aku ada kemahiran bab ni kan *tetiba aku terfikir, kenapalah aku tak apply course multimedia time isi UPU dulu. Jawapannya senang je, mak tak bagi. Haha. And the most significant is, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku*

Cuti ni aku melepap je kat dalam rumah. Bosan jugak. And dengki jugak bila Fiqah nak pergi KL sebab sepupu dia kahwin. Bukan jeles apa, jeles sebab dia dapat berjalan :D Haha. Incik H aku pun asyik keluar je ke sana ke mari je. Bak kata dia, dia keluar bekerja. Cehh, puiiiii la. Hahah. *selalu diabaikan oleh dia*

Actually, tak tahu nak cerita apa lagi. Bosan. Titik !

Comments

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Jaga hati :')