Liku-liku kehidupan aku -.-

Assalamualaikum pembuka bicara,
Sekeping gambar ku hidang seketika.
Erk -.- Pelik je bunyi.


Hai semua orang :D Rindunya nak berblogging. Alhamdulillah, semua perkara dah selesai. Except, NAHU yang tak sudah-sudah tu -.- Uwekkkk ! Nak termuntah dh aku dibuatnya. Contoh ayat, contoh ayat ! Arrghh penat tahu tak !

Btw, tadi pergi makan KFC kat TESCO dengan Fiqah, Alia, Najihah dan Wa. Siot ah, lapar gila kot. Tapi serius perrgghh. Macam-macam liku kena tempuh sebelum dapat keluar tu. Urgh *big sigh* It's okay. Alhamdulillah. Kenyang juga akhirnya >.<

And bila balik buat Nahu sekejap kat Bilik Akademik. Target nak siapkan satu page je. Hahaha :D Pelajar cemerlang kan aku? Padahal ada 11 page lagi nak kena siapkan. Tapi, aku penat la tadi. Cehh, padahal keluar makan je pun -.- Hahah.

And, bila aku dah siap tu. Online kejap guna phone Fiqah. Sementara tunggu tu, bukak instagram. Pastu facebook. Hancur kot hati aku time bukak FB tu. Ya Allah, hanya Tuhan je yang tahu. 

Aku nampak status dia, pastu dia tag someone else :'( Perempuan pulak tu. Sorang pulak tu. Ada LOVE pulak tu. Weh, sape tak sakit hati weh? :( Profile picture dia pun sama dengan someone else else lagi. Weh, orang gila je yang tak sakit hati weh. Dia tak pernah buat camtu kat aku kot :'( Seriously sedih sangat. Dari dulu sampai sekarang, kalau aku merajuk dengan dia, aku tak pernah bagitahu dia. Sebab apa? Sebab aku malu. And aku tahu, dia takkan pujuk aku. Dia mesti take it simple je -.-

Hmm, kalau aku cerita kat Fiqah ni, konfirm-konfirm dia marah aku buat kali ke, ke, ke berapa eh? Lupa dah -.- Haha. Konfirm dia marah aku punyalah. Yang aku ni pun bodoh. Kenapa la susah sangat nak buang perasaan ni kan? Sedangkan ada orang yang lebih menghargai aku daripada dia? Aku tahu semua ni tapi hati manusia ni kan tak boleh nak paksa. Aku cuba untuk sayang orang lain tapi susah. 

Sebenarnya aku benci sangat diri aku yang sekarang ni. Sekarang ni lah. Yang suka sedih-sedih sebab dia. Yang selalu sakit hati sebab dia. Woii Farah, apesal lah tahahul bin bahalul sangat kau ni haa? Kau tak nampak lagi ke permainan dia? :/

Honestly, I admit that kalau kita dah sayang seseorang tu, memang susah nak lupakan dia kan kan kan? Hmm, takpelah. Aku cuba untuk buang perasaan ni *dah bape kali aku tekad camni, tapi same je*

Woii, sila blah dari hati aku woii ! Aku bencilah kau yang tak pernah nak hargai aku ni !



Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (: