Demam Peperiksaan :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Lamanya tak update blog. Hmm, maklumlah aku tengah final exam ni kan. Time study week pun tak sempat nak update pape. Time tak bukak laptop, idea mencurah-curah nak update, tapi bila dah bukak laptop ni tak tahu nak update mende. Ni pun sebab ukhti punya pasal tadi. Nak amik lagu nak masukkan dalam video dia. Huh -.- Ukhti ukhti ! Lawak betul lah dia ni. Semangat beno nak buat video TARIM dia tu. Tapi, bila nak masuk dalam FB, tak keluar pulak. Aku pun tak tahu kenapa.

*gambar hiasan*

Okay, nampaknya macam dah lari tajuk. HAHAHA :D Semalam exam MATH. Alhamdulillah, boleh la jugak buat. Soalan tahun lepas kan. Fuhh ! Terima kasih kepada Fadhilah, Fiqah, Yana, Wa dan sesiapa yang study sama-sama dengan aku kat bilik akademik tu. I love them ! Much :)

And harini aku exam HADITH. Pagi tadi, sedap je aku tido sampai la pukul 8.30pagi. Fiqah kejut pun aku malas gila nak bangun. Ngantuk sangat ! Dengan tak mengulang hadithnya. Bagus kan PELAJAR CEMERLANG APIUM ni? Haha. Mandi, siap semua. Terus pergi dewan. Nampak tak ke"beranimati"an aku di situ? Last ngapal malam tadi, bangun pagi terus pergi exam? Hahahahaha :D Bila dah nak masuk dewan tu, baru aku rasa, "beraninya aku tak mengulang pagi tadi. macam la pandai sangat." haha. Dah la hadith 46 aku tak hafal. Tetiba Aishah kata, tu soalan spot. Aku terkejut gak tapi aku tak debar pun sebab instinct aku kuat mengatakan hadith tu tak masuk :)

Bila dah dapat soalan, tengok dulu, masuk tak hadith 46 tu. Kahkah :D Alhamdulillah tak masuk. Bapak ah ! Memang hadith pendek-pendek je ustaz bawak masuk. Alhamdulillah jugak la. Tapi kan, hadith first je aku dah blur. Perrgghhh ! Bergetar badan aku. Tapi takpe, teruskan hadith kedua. Biasanya aku akan ingat last-last nanti. 

Pukul 10.05pagi tu, Hajar Wahab bangun nak pergi hantar. Perrgghh ! Dahsyat ! :D Aku pun tak siap lagi. Hahaha. Lepas tu, mulalah perang bunyi kerusi. Time orang tengah perang tu la aku dengan Che Nur ambik kesempatan bincang. Bukan bincang, masing-masing tanya hadith yang tak dapat. Che Nur tanya hadith 5, aku tanya dia hadith 1. Even kitorang duk depan pun, peduli ape kan. Manfaatkan kesempatan yang ada :) Alhamdulillah, Che Nur tolong aku. 

Ngee ~ Sengal kan? Tak kesahlah ^^ Esok exam MAQAL pulak. Tak study ape lagi ni. Malam ni baru start. Sebab esok exam petang. Lai lai :)

I just miss her very much ! :) Mak, adik sedang berusaha untuk menggembirakan hati mak :')

Sweet peoples around me make me SMILE :)

Perlu tak? Perlu kot ;) My classmate.

I just want this camera :(

Insan yang sentiasa berada disisi aku saat suka dan duka. Insan yang tidak pernah mengecewakan aku :)

I just miss this moment :'( Gambar diambil time majlis kahwin arwah abang. Sedih sangat bila tengok balik gambar-gambar yang diambil. Ape-ape pun, yang pergi tetap pergi. Btw, SAYANG MEREKA ♥

That's all  for this post :) Thank you. 
Semoga beroleh kejayaan yang diredhai olehNya.

Dan semoga result kali ini boleh mencapai tahap DEKAN untuk CGPA seperti sebelum ini. Ameen :D
Kejayaan ibarat bayang-bayang yang sentiasa berada di sisi kita, ia tidak bergerak tetapi kita yang menggerakkannya :)



Comments

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Jaga hati :')