Majlis Berbuka Puasa di Rangnok Restaurant bersama Dr Najib :)


Bismillah . Assalamualaikum readers .
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" - Al-Baqarah : 183 - 
Alhamdulillah, kelmarin ada orang belanja untuk majlis berbuka puasa bersama Mentor kami, iaitu Dr Ahmad Najib bin Abdullah. Semoga Allah merahmati hidupnya di dunia & akhirat. Ameen :)

Bertolak dalam pukul 7.00malam. Perjalanan hanya mengambil dalam 10minit sahaja nak ke sana :) Cuma ada orang lain yang terlajak sampai ke Tanah Merah bagai. HAHA :D

Untuk geng NILA, aku dengan Fiqah je kereta lain. Yang lain satu kereta. Tapi, diorang bertolak lebih awal sebab nak beli kek buah sempena menyamput birthday Ukhti :) Diorang ni lah yang sesat sampai ke Tanah Merah sebab diorang tak tahu jalan tapi diorang gerak ke restoran tu dulu. Mana tak nya :p HAHA.

Aku dengan Fiqah sampai restoran tak tahu nak buat apa. Orang lain dah tangkap gambar bagai. Kami ni, duduk je la dulu. Geng tak sampai lagi kan. Takde mood nak bergambar. HAHA :D Bila dorang sampai je, azan dah berkumandang pun. Minum air sikit, pastu bergambar kejap :) Baru solat. Heee ^^


Bila dah selesai solat, bergambar sekejap kat bawah ni :) Maklum la, lama dah tak bergambar kan. Semua gila nak bergambar termasuk aku.


Masuk je tempat tu balik. Haa kau ! Terbaik lah :) Aku nampak tomyam. Muehehehehe :D That's my favourite kalau makan kat luar. Ape lagi. Ngappp !


Ni antara lauk-lauk yang disediakan ^^ 5 lauk semuanya. Puas !


Sebelum makan pun mestilah kena bergambar dulu ye tak :p


Okay, tengah makan pun jadi :) HAHA. Meja kami berlima je. Orang lain berenam. Advantage sorang di siti. Lagi sedap nak ngapp kan. Hehe


Upacara memotong kek oleh Dr Najib (^_^) Kek yang disponsor oleh Jannah dengan Najihah.




Sedikit ucapan dari Mentor kami. Sangat sporting. Tapi aku tak ingat apa yang dia ucap. Aku ingat ni je. "Raya nanti, saya akan bawak kamu datang ke rumah saya. Nanti kita cari tarikh yang sesuai" Ahha :D Ini je yang aku dengar. Yela, time ust berucap tu, aku tengah sedap ngapp lagi makanan tu. Tak elok membazir kan. Dah la mahal, orang belanje pulak tu ;) Weheheeeeee.




Finished our meal :) Biasalah, acara bergambar bermula. HAHA :D Yela, bukan senang nak sampai ke restoran mahal ni. Tunggu orang nak belanja lah baru dapat sampai kan. Heeee >.<







Tepat jam 8.45malam, kami bertolak balik ke Nilam Puri. Masing-masing nak kejar tarawih :) Semoga Allah memberkati majlis ini. Sekarang ni, kita dah masuk fasa kedua kan. Iaitu fasa maghfirah ^^ So, selamat menjalani ibadah puasa ^^ Happy Ramadhan. 

That's all from me. Kbye. Salam 1Malaysia :D

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-