My Priority Ever :)

In the Name of Allah the Most Merciful, and The Most Gracious.


Assalamualaikum and hope we're in His bless (:



Di kala menitiskan air mata sejak semalam, rupanya ada sesuatu yang dapat menggembirakan aku. Iaitu, apabila membayangkan muka seorang demi seorang dari ahli keluargaku. 

SubhanaAllah ! Sungguh bijak percaturan Illahi. Keluarga. Tiada pengganti. Bila mereka masih ada, hargailah ^^ Jangan bila mayat mereka terbujur kaku depan mata baru nak menangis sampai keluar air mata darah. Mereka sangat penting dalam hidup kita. Setiap orang mesti SAYANG keluarga dia including me :D Buruk macam mana pun, keluarga tetap yang UTAMA dalam hidup. 
Abah : Abu Hasan bin Zainuddin.
Emak : Sarme binti Kataman.

Ayong : Noor Izzah binti Abu Hasan.
Abang Mie : Shuhaimi bin Ali.
Angah : Hartini binti Abu Hasan.
Abang Lan : Muhamad Fadzlan bin Abu Hasan.
K.Tiqah : Nur 'Atiqah binti Rahmat.
Abg Meme : Ahmad Kamil bin Abu Hasan.
K.Paridah : Paridah binti Mohd Yusof.
K.cik : Sakinah binti Abu Hasan.
Adik : Farah Aida binti Abu Hasan. 
*hijau* Parents
*ungu* Siblings
*black* sister-in-law / brother-in-law

Ayeh : Muhammad Harith Daniel bin Shuhaimi. (6tahun)

Hanan : Nurul Hanan Dayana binti Shuhaimi. (4tahun)
Hasif : Muhammad Hasif Danish bin Shuhaimi. (1tahun)
Irfan : Muhammad Irfan Abqari bin Muhamad Fadzlan. (3tahun)
Nawfal : Arif Nawfal bin Muhamad Fadzlan. (2tahun)
Thaqif : Ariq Thaqif bin Muhamad Fadzlan. (2tahun)


7 Oktober 2003. Tarikh yang amat sadis buat keluarga kami. Abah yang kami sayangi telah dipanggil oleh Allah. Saat itu, aku berumur 9tahun. Masih tidak mengerti apa erti "pemergian abah" Masih lagi hidup dengan permainan. Tetapi aku sudah diuji dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul. Tetapi, aku merelakan pemergian abah dengan redha saat itu. Bila sudah meningkat umur, barulah aku merasakan kesunyian tanpa abah. Kawan-kawan kat sekolah kebanyakannya masih mempunyai ayah. Pergi sekolah, jemput balik rumah, ayah diorang yang buat. Aku? Hmm. Allah lebih sayangkan ABAH. Semoga abah berada di kalangan orang yang beriman. Ameen ^^ My FOREVER HERO ! KEKASIH HATI yang pertama :) Ilovehim ♥ *Perkara yang tak boleh lupa, apa yang aku nak, mesti abah akan tunaikan. Allah, rindunya :'(*



Apa pun, aku SANGAT BERSYUKUR sebab dikurniakan seorang IBU yang sangat TABAH ! Aku sendiri mengagumi beliau. Mak sangat tabah dalam membesarkan anak-anak. Termasuk aku. Mak tidak pernah merungut dalam apa jua keadaan. Mak sangat KUAT dalam menjalani kehidupan seharian. Dan yang paling penting, aku TAK PERNAH melihat mak menangis depan anak-anak. Allah, betapa kuatnya ibu aku. And, mak tidak terlalu memanjakan anak-anak dengan duit. Semua kena usaha sendiri. Alhamdulillah, berkat doa mak, semua anak-anak mak sudah bekerja kecuali aku. InsyaAllah 4 tahun lagi. Ameeeenn ! 3 orang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. 3 orang lagi masih bujang *twink twink* HEHE :)  Iloveher 



*yang kanan tu, suami Ayong*

My first sister. Ayong. The most beautiful one. Hihi. Kalau dia baca ni, kembang kuncup lah dia. HAHA. Oke. Umur 35 tahun. Sudah berkahwin dengan Shuhaimi pada 15 Julai 2006. Semalam anniversary ^^ Ore klate. Hehe. Sudah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel & bijak belaka. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Ayong ni lah paling banyak berjasa antara semua adik beradik sejak aku kecil. Sampai sekarang. Dia lah yang melayan aku ke sana ke mari. Beli itu beli ini. Sekarang ni, susah la sikit sebab dia pun dah ada keluarga sendiri kan. Tapi, kalau bab mintak hadiah, memang dia paling senang lah :D Handphone C3 yang aku guna sekarang ni, dia lah yang bagi. Kamera Kodak tu pun dia bagi hadiah sebab MUMTAZ THANAWI time Form 4 dulu. Hadiah SPM belum dapat lagi. Bakal dapat. HAHA. Basi dah kan? Lantak lah. Peduli hape aku. Whatever it is, Iloveher 



My second sister. Angah. Ketua Muslimat PAS keluarga kami. Hahahaha :D Oke. Umur dia dah 33 tahun tapi still available. Tak kesahlah. Tu semua kerja Allah. Bukan kerja kita manusia yang kerdil ni. Haa, dia ni yang PALING GARANG la antara semua kakak-kakak aku. Perrgghh ! Sekali mengamuk, takde sorang pun berani nak tegur. Haha. Dah macam SINGA je mukanya, sape berani tegur. Macam jolok sarang tebuan je. Haha. Dia ni pandai masak aww ! My favourite is KARI DAGING dia. Fuyyooo ! Sampai menjilat jari woo. Last but not least, Iloveher 



*my old kakak ipar*

My first brother. Abang Lan. KEKASIH HATI yang kedua :) Seorang yang agak TEGAS tapi okay je kalau gurau tu semua. Sangat rajin. Opssss lupa. Umur dia dah 31 tahun dah. Married with Nur 'Atiqah on 2nd December 2007. Orang Pahang. Dikurniakan 3 orang anak jugak. Comel & bijak juga. Semua lelaki. But, there are TWIN :) So cute ! Dialah inspirasi aku dalam belajar ni. Mak asyik suruh abang aku yang ni je urus pasal belajar aku. Wahhh ! Senang kan ada pengurus? Wakakaka :D Dia memang arif bab ni semua. UPU aritu pun dia yang tolong susun. Ahh, aku ikut je. Janji aku dapat belajar ^^ Itu janji aku. Aku belajar ikut kemahuan family je semua. Mana yang terbaik kan ;) Important ! Ilovehim 




*my new kakak ipar*

My second brother. Abang Meme. KEKASIH HATI yang ketiga ^^ Serious dia ni menCERIAkan aku bila kat rumah. Suka sangat buat aku terkejut. HAHA. Bila terkejut, marah dia. Kahkah :D Pastu suka sangat suruh aku buat air kat dia. Haish nasib baik aku ni adik taw. HAHA. Eh lupa lagi nak bgtaw umur. Haa, dah 29 tahun. Just married last month. Paridah kekasih hati dia. Haa, orang Johor taw ! See? Menantu mak semua orang jauh. Aku? Ehek ! Sibuk je masuk sini. Haha :D Semoga dia dikurniakan anak cepat-cepat. Tak saba eden nak dapat anak sedare baru ni ;) Hehe. Ilovehim 



My third sister. K.cik :) Ahha, dia ni BEST PARTNER aku ! Sekarang ni, aku lebih banyak meluangkan masa dengan dia lah ! Ape-ape hal, mesti cari antara satu sama lain. Wakaka. Ayat aku geli dowh. HAHA :D Dia pun antara yang banyak berjasa. Aku rasa, the SECOND ONE. Yes that's it. Saling memerlukan. Itu je aku boleh describe pasal kitorang berdua ^^ Haishh lupe lagi. Umur dia 25 tahun. Still single. Still waiting for her crush ! Haha xD Kalau aku susah ke ape, dialah tempat rujukan. Start dari sekolah menengah lagi dia berjasa untuk aku. Hantar amik aku dari Sekolah Raja Perempuan Taayah tu semua. Maklum la, mama tak kasi I naik bas you ! Haha. Last last ! Iloveher 



Ehem. Okay. Hati tenang ! Keluarga menenangkan hati >.< Ehek ! Bye semua. Thanks for reading ! FAMILY IS MY PRIORITY 

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-