Ramadhan Kareem 1433/H


Assalamualaikum umat Islam yang gagah perkasa !


Hai semua :D Tak terlambat lagi kan untuk Farah wish HAPPY RAMADHAN untuk semua sebab hari ni baru hari ketiga kan kan kan ? HEHE . 

Oleh disebabkan kita dalam bulan Ramadhan ni kan . Farah nak la share sikit dengan korang tips-tips untuk menghadapi bulan yang mulia dan penuh barakah ni :)

*TipsRamadhan1 
 Mari kurangkan pembaziran waktu berbuka puasa !


*TipsRamadhan2
Untuk yang ada tunang, pakwe, awek, gewe, adik, abang, kakak, nenek angkat, jambu, durian dan macam² istilah yang seangkatan dengannya, kurangkan bertexting yang sia² okehh :)


*TipsRamadhan3
Kurangkan tengok cerita² lagha macam cite korea (korea jugak kena) running man tuuuu, dengar lagu bieber (-..-), cerita yang banyak dedahkan aurat (especially for men). Banyakkan berselawat ke atas nabi. Pelakon korea tak dapat bagi syafaat dekat kita bila kiamat nanti tapi Rasulullah boleh, InsyaAllah !


*TipsRamadhan4
Jangan tidur sepanjang hari macam lembu dan dalam kepala dok fikir "berbuka nanti nak makan tu, ni, nun, blablabla" Paksa diri buat benda yang berfaedah !


*TipsRamadhan5
Elakkan tidur pukul 2-4 pagi semata-mata berfacebook/ bergosip/ layan movie/ main game sampai terlepas sahur dan terbabas subuh. Banyak keberkatan yang ada dekat sahur. Bangun lah sahur wahai manusia ! Hihi. Letak air masak sebelah katil untuk yang liat bangun tahap dewa okay !


*TipsRamadhan6
Merokok tu batalkan puasa tau abang² handsome ! Jangan curi² merokok dalam longkang ke, toilet ke, Allah nampak ! Kalau selama ni azam nak stop smoking tak berjaya, cuba lagi Ramadhan tahun ni ! Tapi bukan hangat² tahi ayam ! -..-


*TipsRamadhan7
Kurangkan mengeluh. Mengeluh tu ibarat kita tak puas hati dengan Allah. Ade hati nak lawan Allah ?


*TipsRamadhan8 
Jangan mengumpat, mengata, memfitnah dan seangkatan dengannya.

Bercakap benda buruk yang betul - mengumpat. Bercakap benda buruk yang tak betul - memfitnah
Jangan cakap benda buruk ! Cakap benda best² je puasa ni !



*TipsRamadhan9
"Tarawih" tu maksud dia "berhenti rehat". Solat pun dapat berehat-rehat. Jadi, takpayah la kelam-kabut nak habiskan 20 rakaat sampai kau pun taktau kau baca ape. Baik kita dapat 8 yang berkualiti. Tapi kalau mampu dapatkanlah yang lebih !


*TipsRamadhan10
Istiqamah.


*TipsRamadhan11 
‎"Tengok muka pun boleh tau tak puasa"

Kau sape doe nak pandai² teka ikut muka dia.
Jangan bersangka buruk !




That's all from me . And I want to wish a BIG THANKS to K.Suhaili Ismail . These tips are from HER status on Facebook :)

Comments

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Owhsemm Day ✿