Setiap Kesusahan Akan Tibanya Saat Kesenangan . Believe this . Allah is the Best Creator (:


Assalamualaikum dunia (:


Setiap kesusahan pasti akan tibanya saat kesenangan .
Setiap kesulitan pasti akan tibanya saat kemudahan .
Setiap kesedihan pasti akan tibanya saat kegembiraan .
Setiap penderitaan pasti akan tibanya saat kebahagiaan .

KERANA ITULAH JANJI ALLAH TAALA .

Jika bukan di dunia , mungkin di akhirat sana .
Maka , sabar dan syukurlah wahai jiwa yang tenang (:

Ketahuilah setiap apa yang diharap atau dipinta ,

Adakalanya kita terus dapat kita perolehinya ,
Kerana DIA ingin melihat sejauh manakah kesyukuran kita kepadaNya atas nikmat kurniaanNya .

Adakala ada yang ditangguh sementara waktunya ,
Kerana DIA ingin melihat sebanyak manakah kesyukuran kita pada setiap nikmatNya yang lain dan kesabaran kita terhadap ketentuanNya .

Dan adakalanya ia dihalang terus agar kita tidak memilikinya ,
Kerana DIA ingin melihat sedalam manakah keredhaan kita kepada takdirNya , malah dalam masa yang sama DIA ingin mengurniakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita harap dan pinta .

Maka duhai hati , bergembiralah dan usahlah bersedih .
Sesungguhnya setiap kekurangan di dunia pasti Allah akan sempurnakan bahagiannya di akhirat sana .
Dan setiap apa yang disempurnakan di dunia pasti ada tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapanNya .

Sedarilah hakikat sangatlah mustahil Allah jadikan sesuatu itu sia-II .
Takkan DIA tak tahu betapa perit dan deritanya jiwamu .
Takkan DIA tidak menyedari betapa terluka dan sakitnya hatimu .
Sedangkan Dia Maha Mengetahui segala-galanya termasuklah isi hatimu .

Namun hakikatnya Dia tahu hati dan jiwa yang sebegini  mudah akrab denganNya dengan mengadu dan merintih kepadaNya .
Kerana Dia ingin dirimu sentiasa dekat dan rapat kepadaNya .
Subhanallah ^__^



Wallahualam (: Semoga setiap hari yang kita lalui ini diberkati olehNya . Ameen . Uhibbuki Fillah . Sama-II lah kita berubah ke arah kebaikan . Sama-II menuju ke SYURGA .

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-