Bebudak Pra-Matang :)


Assalamualaikum dunia dunia dunia !

Pada tarikh 12 Mac 2013 , tepat jam 11.00pagi , selesai sudah perjalanan kami sebagai Pelajar Semester Dua bagi sesi 2012/2013. ALHAMDULILLAH :')



Last paper , NahuSorof. Terbaik lah. Dan alhamdulillah , syukur kepada Allah. Tapi paper NahuSorof ni bukan last paper untuk Ukhti dengan Alia sebab diorang ada repeat paper keesokkan harinya. Lalala~




Petang tu , terus keluar nak habeskan segala baucer buku :) *gambar hiasan*




Ini gambar semalam. Dalam perjalanan menuju ke rumah Nasa , singgah jap kat tepi jalan ni. Nak snap picture depan sekolah Nasa dulu. Wink wink.




Ahaaaaaaaaaaa ! Ni lah sekolah Nasa dulu. 

Best pergi rumah nenek Nasa walaupun hidup mereka serba kekurangan tapi aku tidak kisah semua itu. Asalkan kami dapat pergi rumah kawan-kawan dekat Kelantan ni :D 




Best sangat dapat berkenalan dengan ahli keluarga dia. Mak dia sporting gila kot. Adik perempuan dia pun orait je :) Itu membuatkan kami tak segan nak pergi rumah dia. Kami sampai kat rumah nenenk dia tu tepat jam 7.00malam. Dia pun siap-siap nak pergi masjid kot. Lepas tu, mak dia kata dia kena ajar budak mengaji sampai pukul 9.00malam. Nasa kata , buat je rumah tu macam rumah sendiri. Haish kami ni pantang diberi arahan sebegitu. Mmg macam rumah sendirilah kami buat kat sana. Mula-mula segan lah jugak. Tapi bila dah masuk dapur tu , perrrgggghhh dapat pulak masak dengan mak dia , mmg TERBAIK lah guwa cakap ! Segala rahsia boleh korek melalui mak dia kan. Ahaksssss. Macam -macam soalan kitorang bagi kat mak dia. Dah macam reporter pun ada.




Dah siap semua tu , kami pun makan lah. Ayam bakar tu , ayah Nasa yang bakar. Sedap ! Marvellous ! Yang tak sangkanya , abang dia pun join makan sekali dengan kitorang. Rileks je weh ! Kitorang terkejut jugak tapi kami tak kisah pun. Lagi best makan ramai-ramai :)

Tengah syok makan , tetibe satu kereta ikhwah pulak sampai. Aku mula lah nak bad mood dah ni. Yelah. Hati masih terguris kan. Ehem. Memula okay je lagi , sekali ada orang tu kata dia tak kena kitorang. Bangang tak bangang nya. Time tu aku dah mula terasa hati dah. Mmg sakit hati gila. Hilang mood nak makan. Errrggggggghhhhhh ! Time dme nak makan , mak Nasa ajak duduk sekali sembang-sembang , tapi aku malas ah. Alia dengan Madihah je pergi. Aku tak boleh nak duk sekali dgn diorang. SAKIT HATI !

Time ikhwah makan tu lah , baru si Nasa balik dari ajar budak mengaji. Perrghh berjubah putih ! Fuhhhhh ! Tak pernah ku lihat. HAHA

"Pura-pura dalam perahu"
"Kalau ada jarum yang patah"

Ayat yang keluar dari bibir mak Nasa. Haha. Maklum lah , cikgu Sastera kan. Ayat mesti berbunga-bunga. Phewwwwit ! Pape pun , memang BEST lah semalam. And one more thing , mak dia ajak datang lagi wehhh ! Alamatnya setiap kali abes sem , datang rumah mak dia lah gamaknya. Wakakakaka.

Then , teruskan perjalanan pulang ke UM. Tetibe dapat mesej dari nombor yang tidak dikenali. 

"Weh mu ado mano tu? Kimi ajak race"

Aku pun tak tahu sape. Rupanya kabir. HAHA sorrylah dah terdelete number. Huhu. 

Bla bla. 

Nasa pun hantar message.

Dia cakap , terima kasih sudi datang. Sorry sebab tinggalkan kitorang tadi. 

Ala , kitorang no hal lah. Pandai-pandai lah kitorang buat rumah tu macam rumah sendiri. Kahkah. Kami ni kan PEREMPUAN. Boleh tolong kat dapur mehh. 

Trademark "ABE DIN KITO" , jangan lupa ya kawan-kawan. Haha

Sampai AMK , ada jamuan majmuah untu akhawat pulak. Perrghhh kembung perut guwe. Makan sampai tak ingat dunia , langsung perut guwe meragam di tengah malam. Mana tak nya , air gas lah , nasi goreng kat umah nenek Nasa lah , ayam bakar lah , kerepek ubi lah , semua disumbat. Mana tak terkejut usus aku. HAHA

I think , I wanna stop here. Kang panjang pulak aku membebel. Haha.

Keep in touch semua.

Love you all 



Aku bakal merindui mereka. Especially JEMAAH MAGGI :'(

But , stay strong dear. You have another commitment. Please.

Whatever it is , mereka semua SWEETHEART aku 

Never changed.

Bye. Last entry untuk Semester Dua.

Sedih amat.

Berat hati je nak balik :(

Kat rumah , FOREVER ALONE !

K dah. Bye !

Comments

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Jaga hati :')