Sahabat Yang Sangat Dirindu Ketika Ini :'(


Selamat malam kepada pembaca dalam Malaysia.


*AMARAN KERAS : Entry ini sangat panjang*




*tak perlu tekan PLAY , sebab background song untuk blog ni , sama je macam kat dalam video clip ni :)*

*Acewah ayat pembuka tak boleh blah. Macam ada pembaca dari luar Malaysia je. Kahkah*


#IniSemuaPoyo


Hmm petang-petang macam ni , perasaan RINDU kat Fiqah konfirm-konfirm lah menggelengak. Hmm bukan waktu sekarang je , setiap waktu aku rindu dia. Hmm :/ Al-maklum lah , kalau kat UM & AMK , berkepit je macam belangkas. Tak pernah berenggang. Kalau berenggang pun , sekejap je. Tak boleh renggang lama-lama. Nanti ada lah salah sorang kena masuk Hospital Tanjung Rambutan. Haha. 




Ini serius taw. Bukan main-main. Pernah sekali tu , kitorang ada ujian syafawi untuk subjek KALAM. Aku kena buat dengan Najah. Fiqah kena dengan Najihah. Ikut giliran lah mcm dalam listname lah. Me and Najah are the first. Fiqah dengan Najihah lambat lah sebab dalam listname , diorang bawah sikit. And then bila aku dah selesai , aku dengan Najah pun berjalan pulang ke AMK. Say goodbye to Fiqah *sebenarnya tak sanggup nak tinggalkan , tapi bila fikir balek , balek je la kan. Bukan ada ape pun* Bila dah balek bilik tu , tunggu lah dia kat bilik. Sejam lepas tu , tak balek-balek bilik. Terus call. Rupanya dia tengah tunggu Najihah. Diorang tak boleh as partner. Kena ikut cam nama dalam listname. 

See? Perrggghh cepat beno rindunya. Tu baru sejam , yang cuti ni sampai 2 bulan setengah? Hmm , Allah je yang tahu :'(


"Why do I miss you? Because you always make me smile. You are so kind. You are so sweet. You are funny. And most of all , because you are my SWEETHEART a.k.a SAHABAT"



"When it rains , you don't see the sun , but it's there. Hope we can be like that. We don't always see each other , but we will always be there for each other"

Bila dah cuti panjang ni , punggung mula tak senang duduk. Tak tahu nak buat apa tanpa SAHABAT di sisi :( Nothing to do without her. Kalau petang camni , biasanya kitorang akan baring kat katil pastu geletek-geletek. Kacau sesame diri bila masing-masing mula memejamkan mata. 




Hmm. Miss all that moments :/ Sebab kat rumah , lain sangat. Tidur sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Semua benda kena buat sorang-sorang. Berbeza kehidupan di rumah dengan kehidupan di AMK.

Malam-malam , Fiqah selalu mesej , dia tak boleh tidur. Hmm kesian sangat kat dia. Aku tak boleh nak teman dia tidur :( Dia kata , setiap malam dia akan tidur dengan airmata. Ya Allah. Time Fiqah bagi mesej macam tu , aku rasa TERHARU sangat :') Pertama kali dalam hidup. Allah. Lindungilah dia seperti mana engkau melindungi mereka yang susah dahulu sebelum kami.


Every day , aku akan hantar mesej kata-kata tentang SAHABAT kat Fiqah. It is because aku nak dia baca semua tu balik bila dia RINDU kat aku sebab aku tahu aku pun buat macam tu. And aku nak dia pun buat perkara yang sama. Rupanya YA. Dia juga lakukan perkara yang sama. Nampak tak CHEMISTRY di situ? Ehem.






"SAHABAT yang punya sentuhan dari Allah. Kerana kita tidak pernah tahu kita akan menjadi SAHABATSentiasa di ingatan walau tidak kelihatan. Saling mendoakan walau telah bercerai roh dari badan"

"SAHABAT andai aku pergi dulu dari engkau, kita tetap berSAHABAT dan kawan selamanya dalam kenangan"


*you can PLAY this song. only WE know how much this song mean to us*

Lagu tema PERSAHABATAN kami. Time sebelum tidur or baring-baring kat atas katil , kitorang slelau dengar lagu. Tak kira lah guna phone sendiri or dengar phone antara kitorang. Kalau dah bosan dengar lagu sendiri , tarik je earphone dari telinga , letak kat telinga sendiri. Kahkah. Padahal , lagu kitorang sama je dalam playlist tu. Maklum la , copy masuk sana sini. So , sama je kan? Tapi saja je :)

Time syok layan-layan lagu sampai abes , bila keluar je lagu "TEMAN SEJATI" , masing-masing akan rasa macam hmm hmm susah nak describe macam mana. Malu pun ye. Tapi kami adore sangat lagu ni. Lagu ni sangat bertepatan dengan diri kitorang. Bila dengar , masing-masing rasa macam nak peluk and nak nangis :( 


SAHABA;

I'll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hand for you to hold, my feet to walk with you, but I can't lend you my heart because it already belongs to you.


One day , Fiqah menangis sebab dia tak buat soalan essay untuk paper BI. She cried all the times. I can't bear to see her like that. Time tu , tengahari , kitorang baru balik dari beli makanan dekat luar. Perut memang lapar tapi aku takkan biarkan dia menangis seorang diri. She's my BESTFRIEND. Biarlah lapar pun , tapi aku takkan biarkan dia menangis sorang-sorang. I'm trying to persuade her not to cry because there are many papers that we didn't face it. So, she shouldn't to cry. She need to focus for the next paper.

Saat itu , aku kena KUAT. KUAT untuk dia. Sebab aku semangat dia dan dia semangat aku. Saat ini , dia sedih. Aku semangat dia. Sebelum ni , aku LEMAH , dia setia menjadi semangat aku. So, we need each other to be strong. Persahabatan itu saling menguatkan antara satu sama lain. Aku pegang kuat pada ayat ini. Sebab aku sedang mencuba untuk menjadi seorang SAHABAyang baik untuk dia. Sebab aku tahu , dia SAHABAT yang sangat BAIK untuk aku. 

One more thing , aku sangat sensitif sejak dua menjak ni. Lepas kejadian paper BI tu , Fiqah jadi macam BENCI sangat bila dengar orang bincang pasal paper bila berkumpul ramai-ramai. Sebab dia sangat trauma dengan kejadian paper BI tu. And at once , aku tak sengaja "ter"bincang dengan Nada kat luar dewan. And that makes her feels uncomfortable. Sepanjang lepak kat meja batu tepi dewan tu , dia diam je. Muka pun seposen je +.+ Kahkah. And aku decide aku akan tanya dia bila kitorang berdua sahaja yang ada ketika itu. And that's it. Dia sangat tak suka bila aku berbincang dengan orang lain pasal paper yang dah lepas. FOBIA katanya. And aku cakap lah itu bukan bincang. And this make me shocked :( She said like this "BINCANG LETTUW!" *with loud voice* 


After that , terus aku tekup muka aku dengan bantal. Sangat terasa *actually dalam hati sbnrnya feel guilty sbb aku punca dia sedih* Macam nak nangis bila kena marah dengan BESTFRIEND sendiri :'( Sobs sobs. And as usual , Fiqah akan tarik bantal , nak tengok aku kenapa. And aku bukanlah jenis yang nak sorok-sorok. Aku biar je kalau dia tarik. Tapi ada lah jugak aku berkeras. Aku taknak dia nampak aku nangis actually. And dia pujuk-pujuk time tu , aku tak layan. Aku sangat terasa sbnrnya. Hmm :/


Malam tu , time maghrib , dia solat. Then dia baca Quran kat tepi aku *maaf saya konggo* Aku bangun time tu , then pergi bilik Alia nak online. Maklumlah , hati masih sakit kan. Hmm, dia ada singgah sebelah. Ngan si Madihah nak pergi surau. Tapi gitu-gitu je. Aku tahu mesti dia takut bila aku macam tu. Tapi itu je cara yang aku boleh buat.


Then , aku pergi mandi bla bla bla , aku amek buku Ulum Quran *esoknya nak exam Ulum Quran tapi examnya petang* Aku duduk kat katil Alia. Menghafal *phewwwittt* Then tetibe muncul muka Fiqah kat pintu. Aku rasa tak boleh tengok muka dia. Sedih sangat *terasa + guilty* And aku terus capai tudung , keluar dari bilik. And jalan tanpa hala tuju. And jalan-jalan jumpa kerusi kat jambatan tu. Aku duduk situ sambil dengar lagu #Phir Bhi Dil Hai Hindustani. Ehem time tu air mata meleleh tak berhenti-henti. Sedih sangat bila jadi camni. Rasa bersalah bila aku punca dia sedih :( Tetibe mesej dia masuk. Ingatkan dia nak pujuk ke ape. Rupanya dia tanya nak makan roti ke tak. Haha perasan rupanya aku ni. Tetiba Sarah lalu situ. Nasib baik time tu airmata dah berkurang. Hikhik. Sembang-sembang sikit , then aku pergi bilik Hani & Mida. Then , masuk lagi mesej Fiqah


"Farah , jangan la macam ni :( Farah keluar dari bilik Alia tadi macam Fiqah ni yang mengganggu Farah sampaikan Farah yang terpaksa keluar dari bilik Alia. "


Pastu duduk kat tangga depan bilik Alia. Menangis lagi :'( Entahla. Aku sayang sangat kat Fiqah. Time tu aku rasa lonely gila dia takde kat sebelah. Tapi time tu EGO menguasai diri. Last-last aku mesej kat Fiqah. 


"Fiqah , datang kat tangga depan bilik Alia"


Time tu , airmata kemain laju lagi nak keluar. Pergghh ! Then Fiqah datang. Dia tanya Farah kenapa. Bla bla bla aku cakap la semua tu. Then dia mintak maaf. And aku pun mintak maaf jugak sebab buat dia sedih. Selesai kes itu. Itulah SAHABAT :) Saling memaafkan.




And 2 hari lepas tu , aku diserang batuk yang berpanjangan. And sebenarnya itu adalah TONSIL. Sangatlah sakit sampaikan aku tak boleh study. Hmm , malam tu aku sakit sangat. Batuk-batuk and Fiqah lah yang ambilkan air masak untuk aku. Esoknya dia tanya nak pergi klinik tak. Aku cakap taknak. Sebab malas ah. Tapi bila dah teruk sangat , tetiba aku rasa nak demam. Petang tu aku nak pergi klinik *terpaksa* tapi semua tutup maklumlah hari Jumaat kan. Hmm :/ So , balek dengan kecewa lah. Dalam kereta tu jugak aku menangis. Sakit weh. Next week ada exam lagi kot. Tapi dia lah yang bagi semangat dekat aku. Dia cakap , "Kita beli aiskrim nak?" Aku pun senyum :) "Nak" 

Sampai PKT , dia turun sorang sebab aku tak larat sangat. Hmm , then keluar esok untuk pergi klinik sebab my mum paksa untuk pergi. Pergilah. Then , aku sbnrnya rasa bersalah sebab ganggu masa study dia. Aku hantar lah mesej mintak maaf semua tu. Ni yang dia balas ;

"Farah , kalau Farah nak tahu, Fiqah takde semangat nak study sekarang ni. Fiqah sedih tengok Farah sakit :'( Memang kita tak mintak semua ni. Tapi Farah pernah cakap kat Fiqah dulu, mesti ada hikmah semua ni, Fiqah ingat lagi, Farah pernah cakap kat Fiqah aritu, time tu, lepas exam. Setiap yang berlaku mesti bersebab kan. Ingat ! Allah tahu setiap kemampuan hambanya. Don't worry. I will always be with you Farah :) Fiqah tahu , Farah kuat untuk hadapi semua ni :)"

I never have a FRIEND like her before this. That's why aku agungkan dia sangat-sangat. Maaf kepada mereka yang terasa hati. Aku tidak berniat untuk itu tapi biasalah aku hanya MANUSIA BIASA. Aku tak mampu melayan orang lain sebagaimana aku layan Fiqah. I'm sorry :( But , they're always in my HEART. 


“Sesungguhnya aku mencintai mu kerana Allah” dan kiranya juga

“Semoga Allah mencintai mu kerana engkau mencintai ku keranaNya”



DEAR SWEETHEART ,  I REALLY LOVE YOU :')

Please keep me as a bestfriend and I will keep you in my heart and lock it up. I'll throw away the key so that no one can take you away from me :)

End of entry. 


Yes.

This entry SPECIAL for her :') 

NUR AFIQAH NADZIRAH BT ZURKIFLI.

Afiqah , Farah sayang Fiqah oke ^_^ 

Keep smiling :D

Kalau rindu , just message me. Pasti Farah akan reply your text :')
*actually , setiap masa Farah akan berharap yang Fiqah akan text Farah dulu. Hikhik*

Bagi sesiapa yang terasa , aku bukan tak anggap korang SAHABAT aku , tapi SHE'S THE SPECIAL ONE. Hope you understand :)


Aku memang tak pandai jaga hati orang lain. Tapi sebenarnya aku dah penat jaga hati orang lain sampaikan perasaan sendiri terkorban. Itu sebabnya aku abaikan semua tu. Kitorang takkan ceritakan apa yang terpendam. Biar Allah bukak hati korang sendiri. Tapi percayalah. Korang pun BESTFRIEND aku tapi Fiqah is the SPECIAL ONE. Please understand this sayang? :)


Kbye !

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-