Perihal Kasih Sayang ^^



Assalamualaikum readers.

Happy Monday :)

Harini rumah sudah 80% kemas. Tinggal 20% je yang perlu dikemaskinikan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Sedang aku menikmati kebahagiaan bersama keluarga, Allah menguji perasaan aku melalui pelbagai cara. Tapi, aku perlu KUAT untuk hadapinya :D 

I just wanna share about what I'm feel. Aku tahu yang aku tak layak untuk meluahkan kepada mereka sebab aku yang menyebabkan mereka membuat aku sebegini :) So, chill.


Diorang dah balek Nilam Puri. Aku masih di rumah. Belum balik Nilam Puri lagi. Sebab ada kenduri. Esok baru aku bertolak pulang ke sana *ayat skema* Tapi, sepanjang cuti semester, aku tidak pernah ditanyakan khabar oleh mereka. Adakah aku seorang sahaja yang perlu bertanya kepada mereka? Bila aku tak buat macam tu, mesti ade yang terasa. Kalau diorang tak buat, aku pun terasa jugak. Tapi kalau aku bgtahu korang, mesti dalam hati korang akan cakap ;

Alaa dulu ko tak pedulikan kitorang pun. So, perlu ke kitorang nak tanya semua tu kat ko?
That's why aku tak berani nak cakap dekat korang semua. Sebab aku tahu, aku tak layak pun nak dapat semua tu. Memang padan dengan muka aku pn. Dulu, time korang caring pasal aku, aku tak hargai pun. Sekarang, bila dah rasa kehilangan, baru nak terhegeh-hegeh kan. Betul la pepatah Melayu ;
Bila ada tidak dihargai, bila sudah tiada baru tercari-cari.
Aku tahu aku tak patut cakap camni kat korang tapi aku saje nak tulis kat blog aku. Sebab ni ibarat "online diary" aku :) Tapi mintak-mintak la korang tak baca. Sebab benda ni tak penting pun. Aku saje coretkan kat sini. 
Ape-ape pun, aku mintak halal dari korang semua. Makan, minum aku. Korang banyak tolong aku, aku je yang tak pandai nak hargai korang :) Korang memang baik cuma aku ni tak nampak. Buta. Aku pun dah halalkan semua. Mintak maaf sebab banyak buat korang sakit hati dengan aku. Aku ialah seorang manusia yang tidak layak dibuat kawan untuk korang. Kalau korang nak abaikan aku pun takpe. Aku terima. Cuma korang kawan yang terbaik aku pernah ada. Tolong kawan selagi boleh. Bersyukur aku ada korang. Ape-ape pun, AKU SAYANG KORANG. Esok aku sampai sane, InsyaAllah ;) 
 With love,
Aida :) 

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-