Saya Sayang Sahabat Saya ♥

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sekali bersahabat. Selamanya sahabat. Sampai tibanya akhirat. Sehingga syurga.
Sahabat, Saya sayang kamu semua!
Pernah saya ungkapkan pada mereka,
"Hei. Saya sayang kamu semua. Maka saya hendak kamu semua sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang pada kamu semua kerana ALLAH, maka kerana ALLAH saya menegur kamu semua."
Pernah saya bisikkan dari jauh pada mereka,
“Hendak berjiran dengan kamu semua di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAH izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu semua ada di dalamnya. Boleh tak?”
Dia menjawab,
"Kami tak layak. Kami bukan seorang hamba yang baik!"
Saya tepuk bahu mereka dari kejauhan,
"Hei, mari sini. ALLAH masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kita berusaha bersama-sama."
Matanya bergenang,
"Saya sayang kamu semua, sahabatku!"
Saya senyum pada mereka dari kejauhan,
"Dan saya lebih menyayangi kamu semua. Ingat ni!"
Saya mendekat pada mereka dari kejauhan,
"Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAH, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAH takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu semua palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu semuasedih melihat saya."
Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
"Ya ALLAH, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabat-sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan mereka daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAH dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hati mereka dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan mereka merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!"
"Saya rindu mereka!"
Tapi saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAH Azza Wa Jalla.
Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.
Hei kamu semua, yang merasakan saya adalah sahabat kamu semua,
Saya sayang pada kamu semua.
Saya ingin bersahabat dengan kamu semua.
Di dunia sampai akhirat :)
Sudikah kamu semua menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya.
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka >.<
Sehingga waktu ALLAH menentukan.
Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu semua lebih dariku dalam hal itu.
Memperbaharui persahabatan yang satu ini.
Dengan disaluti keimanan ^_^
Ya, keimanan!
Akan saya bersaksi di hadapan ALLAH SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah >.<

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-