Calon Suami Yang Baik :)


Bismillah :) 
Entry kali ini menjurus kepada kematangan sedikit. Siapa yang rasa muak , sila pangkah tab ini. 
Terima kasih :)


Setiap manusia ada prinsip dan pendirian masing-masing dalam meletakkan sesuatu sebagai asas pemilihan bagi sesuatu perkara. Seperti juga dalam pemilihan bakal isteri dan suami. Pernah aku diajukan soalan oleh sahabat-sahabat akhawat aku.

“Kalau ko, ko nak suami yang macam mana?”
Semua orang mesti ada ciri-ciri yang diidamkan kalau nak pilih suami kan? Ko ada tak?”


Pelbagai soalan lagi yang aku terima. Pernah aku bagi jawapan “Sesiapa pun boleh” atau “Yang beragama” atau yang seumpama waktu dengannya. Namun, masih ada yang belum berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. Sehingga ada yang bertanya, 

“Takkan tak ada yang spesifik? Ni bukannya meletakkan sebagai syarat wajib. Tapi, cuma ciri-ciri yang kita nak.”

Aku bukanlah seorang yang sempurna untuk mendapatkan yang sempurna. Justeru itu, tidak layak bagi aku untuk menetapkan apa yang aku mahu. Namun, selepas menerima beberapa persoalan itu, aku mula berfikir. Tidak salah untuk mempunyai sebarang ciri idaman lantas mengutarakan pendapat. Sejujurnya, aku tidak menemui sebarang jawapan. Mungkin kerana tika itu aku tidak memikirkan lagi soal baitul muslim ini. Sehinggalah suatu hari aku terdetik untuk mencari artikel Calon Suami Yang Baik :) Tiba-tiba sahaja hati terdetik mengenai isu ini. Selama ni, aku tidak mengganggap isu ni belum penting bagi aku. Tapi bila hati aku mula menyukai seseorang, aku mula berfikir mengenai isu ini. Haa? Farah Aida ada suka seseorang? HEHE :D Kpeace ! 

Tapi perancangannya mungkin 6/7 tahun lagi. InsyaAllah. Kebanyakan sahabat-sahabat aku yang lain mahu kahwin awal. Tapi tidak bagi aku. Tapi, jika aku memang ditakdirkan untuk kahwin awal, aku tidak menolak kerana itu sudah ditakdirkan oleh Allah. Aku juga ada sebab mengapa tidak mahu kahwin awal.

PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK :)

Pilih yang baik dan beragama
  • Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
Cari yang sabar dan penyayang
  • Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
Jangan nilai pada rupa
  • ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
  • Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
Hormat orang tua
  • Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
Cari yang boleh mendengar dan mendidik
  • Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita. Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
Lihat pada keluarga dia
  • Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi." Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
  • Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
  • Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

“Jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat denganNya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cintaNya tidak mengecewakan.” (dipetik dari Blog Sebarkan Bahagia – Ustazah Fatimah Syarha)

Wajarlah untuk kita tidak terlalu memikirkan soal jodoh. Kerana masih banyak lagi tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah untuk dilaksanakan. Ini sekadar pandangan dari diri aku sendiri. Tidak lebih dari itu. Aku bukanlah seorang ahli ulama. Aku bukan juga seorang ustazah. Aku bukannya yang pandai berbicara baik dalam berkata-kata mahupun dalam penulisan. Aku cuma manusia biasa. Hamba yang hina di mata Allah Azza Wa Jalla. Setiap apa yang aku coretkan ini hanyalah pandangan semata. Untuk dibuat muhasabah bersama. 

Untuk golongan wanita mahupun lelaki yang berhasrat mencari calon suami atau isteri suatu hari nanti, pilihan di tangan anda.




What you give, you get back. ^_^

Comments

jom join! hadiah gempak
http://nabilaizzati17.blogspot.com/2013/05/mini-giveaway-by-nabila_18.html

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Jaga hati :')