Lesen kereta sudah ku tempah :)


Bismillah >.<

Tuk tuk tuk ! Assalamualaikum !! :) *sambil buat gaya ketuk pintu rumah nak datang beraya*



✿ LULUS test kereta 


Alhamdulillah Ya Allah , walaupun untuk test Motosikal KANDAS di bahagian 3 :'( Allah bagi hikmah yang itu sebenarnya.

Alhamdulillah jugak sebab Allah bagi pegawai JPJ yang sangat baik ! Siap ingatkan step lagi untuk aku (: Enjin mati pn dia tak gagalkan.

First of all. Aku orang pertama yang sampai pagi tu. Errrrrrghhhhhh ! Gila semangat kan ! Hahaha.

Hmm, mula-mula test motosikal. Tengok page depan , alhamdulillah :) Lulus. Sekali pegawai tu selak page belakang untuk bahagian 3 , kandas. Allah , hati time tu lebur selebur-leburnya :'(




Bila masuk bilik 2 untuk taklimat test kereta , time tu , SEMANGAT dah hilang. Time tu , aku hanya nampak Fiqah yang boleh bagi semangat kat aku. Sebab semangat aku kan ada kat dia. Then , aku message dia. Sambil message tu , airmata bertakung. Tapi tahan. Malu kalau orang lain nampak kan ;) HEHE. Pastu dia tak reply , mungkin dia tengah busy kat dapur. Then, aku message k.cik. "Woii moto tak lepas woii. HAHA" Aku cuba sembunyikan kesedihan aku. Sebab aku taknak dorang tahu aku sedih. Aku pn bagi je la message camtu. Bla bla sembang dengan k.cik then Fiqah replied :) Dia bagi la SEMANGAT semua tu. Dia cakap jangan fikir pasal kena ulang moto tu , just tumpu kat test kereta pulak. Time tu , hati belum terubat lagi , sekali dia bagi kata-kata yang pernah aku bagi kat dia dulu , hati kembali bermaya :D Thanks FIQAH




Bermulalah perjuangan untuk test kereta pulak. Pergi terus dekat bahagian bukit (: Disebabkan aku sesi 1 , aku didahulukan daripada orang sesi 2 :) Time test bukit ya Allah , berdebarnyaa ! Alhamdulillah masuk petak kuning tu :D Tapi bila nak naik tu , tak tentu arah rasanya , lepas tu memang lepas tapi caranya agak kelam kabut. Aku mula gelabah. Aku bukak pintu , aku tanya cikgu. "Cikgu, lepas tak?" "Lepas , ni sampai sini" "HAHA, cikgu jangan la main-main. Lulus tak?" "LULUS. Tadi nasib baik kamu angkat clush cepat" Dalam hati "Alhamdulillah" Pergi ke pegawai JPJ , amek test card. Mmg xpandang langsung muka dia. Cuma mampu ucap, terima kasih :) HEHE.

Then , aku terus melangkah ke bahagian parking tepi & 3 penjuru :) Time tu pn sesi 1 didahulukan. Mesti geram je orang yang lama menunggu kan? HAHA nasib la. Aku sesi 1 okay ;) Aku test moto dulu tadi. Aku daftar awal, nasib korang la daftar lambat mula-mula dulu. HEHE. Then pegawai tu panggil no 4. Aku pun bangun la pergi kat kereta. Alhamdulillah lepas dua-dua (: Then amek testcard pergi pondok untuk tunggu turn untuk test jalanraya pulak (: EH, bukan bukan. Pergi bilik 2 dulu untuk amek laluan. Alhamdulillah aku dapat Laluan A !!!




Sambil menunggu, aku bersembang la dengan rakan seperjuangan aku yang 3orang lagi tu ;) Walaupun berbeza umur , tapi boleh bersembang macam dah kenal lama. Then , pakcik tu panggil aku. Aku pun pergi la depan. Then aku xnampak sangat kereta tu, pastu aku tanya. "Masuk ke pakcik?" "Nak masuk mane? Kereta pn takde. Tunggu kereta tu haa baru sampai" Ahhhh malunya time tu. HAHA. Sekali kereta yang sampai, aku tgk pegawai JPJ tu, yang bagi taklimat time kat bilik tadi :) Alhamdulillah. Aku tahu dia baik.
Sampai kat bukit atas tu, dia siap ingatkan step tu. Aku pun pelik. Dalam hati "Aik, boleh plak dia ingatkan ea" Bedal je la ! Sekali enjin mati. Allahuakbar ! Cepat-cepat aku free gear , angkat hand brek. Pastu hidupkan enjin. Takde pape pn. ALhamdulillah TAK GAGAL :') Thanks abang JPJ. Hehe. Pastu aku tgk la kiri , nak masuk kan. Sekali dia yang cakap "Haa okay , masuk" Ya Allah , syoknya dapat JPJ macam ni :)

Alhamdulillah 17/20 :) LULUS ! Mulut bole senyum dengan ikhlas dah >.< Dah LULUS tu , check phone. Anis missed call. Call la balek. Then aku malas nak msg , aku terus call Fiqah. Bgtaw yang aku LULUS. Dia cakap "Alhamdulillah!!!" Eeeiii syoknya :D Lepas tu, call k.cik. Cisss suara macam lelaki. Rupanya baru bangun tidur, Xsemangat nk bgtaw dah LULUS. Tapi bgtaw jugak la :)

Balik tu, aku nak daftar untuk repeat moto. Sekali kena renew lesen sebab lesen tu mati tarikh tu jugak. HAHA. Aku pun pergi la pejabat pos. Renew. Pastu mesin luminate rosak plak. Pergi la Balirr Enterprise. 20sen je ;) HAHA. Pastu terus pergi KAMI balik. Daftar untuk repeat lesen moto. 21 May (:

Balik dengan hati yang gembira. Terus lupa kesedihan kena repeat moto. HAHA :D


ALHAMDULILLAH 



Habes cerita. Alhamdulillah. Selesai semua. Eh, belum lagi. Moto tak repeat lagi ni. HAHA. Tapi lega sangat kereta dah lepas. 

Okay. Bye >.< Good night.

Fi hifzillah :) Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Jaga hati :')