Pengkhianat Masih Diberi Amanah ! :(


Bismillah :)

Isu politik again. Yes. Selagi semangat masih ada.


Kita marah dan kecewa bukan kerana kalah, tapi kerana penyelewengan pilihanraya. Walaupun dasarnya kita menang undi (majoriti jumlah undi) tapi agak kecewa dengan kekejian yang dilakukan SPR.

La Tahzan
Innallaha ma'ana.

Biar airmatamu mengalir laju di pipi.
Malaikat menyaksikan.

Moga Allah hitung airmatamu sebagai kebaikan.

Allah nak kita lebih kuat dan bersatu.

Allah nak kita lebih banyak perbaiki sahsiah diri dan iman.



Bukan sekadar 30 tahun atau 50 tahun Konstatinopel dapat ditawan , bukan?
Satu hari nanti , Islam pasti akan mekar bersama wangian kiriman Tuhan.

Tenangkan hatimu dengan pujukan Dia.
Percayalah , hanya janji janji Dia yang akan buat kamu bahagia.
Bukan janji manusia yang selalu penuh dusta ^^

Sahabat-sahabat sekalian.

Perjuangan kita belum terhenti.

Selagi nyawa kita masih bernafas , jihad kita masih berjalan.

Mantapkanlah aqidah. Bertarbiah lah.

Perjalanan kita masih panjang.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu , sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah al-Baqarah -


FAKTA !

Majoriti rakyat malaysia mahukan Anwar Ibrahim sebagai PM ke 7 ,
5.8 juta atau 54% dari 11 juta rakyat malaysia TIDAK undi BN ! Ini adalah FAKTA ! BN hanya dapat 46% saja , beza 8% atau hampir 1 juta jika mengikut statistik kebangkalian.

Blackout pada tempat tertentu :p *taktik PALING BODOH !*


Flashmob !

Majoriti rakyat malaysia yang berbangsa cina dan melayu serta india juga lain-lain begitu sedih dan PRs percaya pasti kita telah menitiskan air mata dengan kekalahan atas dasar penipuan undi ini , tetapi bagi wanita ini , di hadapan KLCC sebentar tadi , dia menulis di kertas dan diflashmobkan kepada rakyat Malaysia supaya DONT GIVE UP ! Sungguh TERSENTUH ! 


Di saat hari mengundi , aku setia bersama mereka ( orang KUAT ) berada di kawasan pusat mengundi untuk meramaikan , memeriahkan & memberi sokongan kepada PR walaupun saya belum cukup umur untuk mengundi :) And this , bersama calon Dun Chenderoh ! Dr Azalan :)


Pesan TGHH tadi di Rusila :

Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa yakni kerajaan Allah s.w.t

'Kita tidak kalah cuma belum menang'


Gambar yang sempat diambil semalam :) Aku hanya mampu duduk di atas kerusi roda kerana tiada kerusi disediakan. Dan sanggup berpayung ketika panas. Ketiadaan pondok panas yang telah dirobohkan oleh SPR pada pukul 2.00 pagi sebab BN takde pondok macam kitorang so tak adil lah. Bla la SPR :p Booooooooooooooooooooooo !

'Kita tidak kalah cuma belum menang'


Terima kasih Tok Guru ,
Bukan mudah untuk direalisasikan "patah tumbuh hilang berganti"
Kerna tok guru insan terpilih yg menjadi Qudwah dan mngajar serta membimbing seluruh Jundi Tarbawi Malaysia.

Insan ini yang dkatakan sesat , pemecah kesatuan ummah dll,

Ketahuilah ummatul islamiah !

Insan inilah yang membebaskan sebuah negeri daripada kegelapan arak , judi , rasuah dan sebagainya.



Al Fateh Kelate boh - 1990》2013

We Tok Guru

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami. 



Satu je ambo nok kecek. Ambo dop boleh tengok Tok Guru mengalirkan airmata. Hati rasa sebak. Ambo raso buke ambo sore jah. Semuo hok sokong PR samo ngan ambo :)

Ambo raso, setakat ni jah.

Tenkiu for reading. Ambo tak ke berenti sokong PR ! 

INI KALILAH  !!!

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-