Aku Remaja Biasa.



Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan menjadi contoh kepada orang lain. Aku hanyalah remaja biasa yang belajar di sekolah agama dan bergaul dengan rakan-rakan sekolah agama tetapi perangai ku tidak ubah seperti pelajar sekolah biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana. 


Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa. 
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."
Allah berfirman:
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat]Nya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk menjadi seorang yang dicontohi, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah. 
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Sama ada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut. 
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah. 

Aku sedar , aku bukanlah dari kalangan yang baik , alim , sopan santun , lemah lembut , tetapi hati ini masih ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jangan terus menerus menghina diri aku yang sudah sememangnya hina. Aku memerlukan bantuan korang , bukannya hinaan korang okay. 

Aku menjadi hilang respect mereka yang luarannya nampak baik , alim , sopan santun , lemah gemalai semua tu , tapi perilakunya langsung tidak mencerminkan keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah itu. Seriously pada awalnya aku respect mereka-mereka yang dimaksudkan tetapi akhirnya semua itu hilang setelah aku melalui beberapa fasa kehidupan bersama mereka. Di mata aku , mereka sebenarnya sama je dengan orang biasa. Tiada yang lain. Yang lain hanya , mempunyai wajah yang indah and semua lah yang aku takde. Tapi itu je perbezaannya. Perangai lebih kurang je. 

Actually , memang aku tak layak untuk judge orang macam tu tapi siapalah aku untuk menjadi seseorang yang macam tu. Aku hanya manusia biasa yang sedang menaip bait-bait kata yang tidak seberapa ini. Itu hanya melalui pemerhatian aku sahaja. Tak tahulah pada orang lain. Iya. Aku rasa orang lain tak sama dengan aku. Mereka lihat kalian amatlah baik. Kalau orang bezakan korang dengan aku , memang orang akan kata , jauh langit dengan bumi. It's okay. Itu apa yang mereka lihat secara luaran. Dalaman belum tentu sama dengan luaran kan? Macam pepatah Inggeris "don't judge a book by its cover"

Okay. Lets end that story. I am who I am. I'm doing what I want. Don't ask. I hate hypocrite. Yes. Bak kata orang tu, sometimes kita kena jadi hipokrit. Eh bagi aku , TIDAK SAMA SEKALI. Itu kau boleh lah nak hipokrit sana sini. Tapi itu bukan aku. Sorry to say.

Let me be myself. Let time decide when I can be like you. Maybe someday. InshaAllah. Allah itu Maha Penyayang :) Eh no no no. Not like you. It just that "akhlak" yang Allah kurniakan kat korang tu. Bukan diri korang okay. Diri aku dah cukup sempurna Allah ciptakan. Cuma ada baik buruk je :) Sama lah macam korang-korang tu kan. 

#IniSemuaPoyo. Mulut aku memang macam ni bila dah lama aku pendam. Sebab aku tak boleh orang hina aku sebarangan. Nak dibeza pulak dengan korang yang sebenarnya sama je macam aku. Tapi, korang baik sikit lah. Sikit jerrrrr. Tak banyak pun! Kihkih.

Rindu Nur Afiqah Nadzirah bt Zurkifli !

K bye !

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-