First Part : Sahabat Susah Senang.




Happy Thursday :)
Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai SAHABAT. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. SAHABAT yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.
Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Di mana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan SAHABAT kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. SAHABAT boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. SAHABAT yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kita juga boleh meminta pandangan dari SAHABAT kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh SAHABAT kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, SAHABAT akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa SAHABAT kita."
Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.
Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.
Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Dan dialah SAHABAT :) Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai SAHABAT yang setia bersama dengan kita di waktu susah.



Allah kurniakan NUR AFIQAH NADZIRAH BT ZURKIFLI kepada FARAH AIDA BT ABU HASAN untuk menjadi SAHABAT. 

Allah lahirkan NUR AFIQAH NADZIRAH BT ZURKIFLI dan FARAH AIDA BT ABU HASAN untuk menjadi SAHABAT BAIK.

Allah pertemukan NUR AFIQAH NADZIRAH BT ZURKIFLI dan FARAH AIDA BT ABU HASAN untuk melengkapkan antara satu sama lain.

Allah , terima kasih kerana telah mempertemukan kami :')

Terima kasih juga kerana telah memakbulkan doaku.

I promise to myself , I'll take good care of her ! Because we love each other because of Allah. 

Sayang , thanks a lot sebab jaga time saya sakit. Jaga saya macam MAK saya jaga saya. Walaupun , awak nampak hampir putus asa pada malam itu , tapi saya nampak keikhlasan di mata awak. 

Saya terharu sehingga melelehkan air mata ketika itu. Saya tak boleh tahan. Sebab saya rasa awak SAHABAT TERBAIK yang pernah saya ada kat dunia ni :')

Saya tak akan berhenti menyayangi diri awak , AFIQAH 

*A big THANKS jugak kepada NUR ALIAH , MADIHAH IZYANA , NURASYIKIN , NURUL NAJIHAH , SYARIFAH AINUL HASANAH , NADHIRAH , AISHAH ABDULLAH , SITI NOR ATIRAF , AISYAH SAMSUDDIN , AIFAA SYAZWANI , NOR QATRUNNADA , SITI NUR FADHILAH , NUR ASMA SYAFIQAH , ALIA WAHAP , SYAFIQAH DZOL , ZULHILMI , LUQMAN & SAIFUL *twinktwink* kerana mengambil berat tentang kesihatan aku aritu :)*

Dan bagi mereka yang "IGNORE" aku time aku sakit , TERIMA KASIH BANYAK JUGAK sebab IGNORE aku. Korang jangan ingat aku takde perasaan. Nak kata korang tak tahu , aku rasa sudah terang lagi bersuluh kot yang aku ni tak sihat sebab almost a week aku tak pergi kelas. Ada yang datang bilik , just nak tengok barang dia ade ke tak kat beg aku then terus BLAH. And just say , thank you and just IGNORE aku macam tu je. 

Eh, ni dah lari topik okay. Sambung next entry la benda ni eh. Spoil je entry untuk SAHABAT aku ni nanti :)



Bye !

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-