Apabila Diri Dihina




DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina , diumpat , dikeji , difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai , atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi , seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan , kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu , saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah :
1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang , bodoh , gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya , suami atau isteri mereka , ahli keluarga , adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.

2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi , kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)

3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh , lalai dan lupa kepada-Nya.

4. Apabila kita difitnah , kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka , kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan , kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu) , hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 

5. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu , kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat , tabah , sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

In short , apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia , namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang , bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.


Walaupun gambar di'blur'kan , tapi aku yakin , korang dapat mengagak siapakah yang berada di dalam gambar ini :)


Kami tidak diminta untuk dihina , dicaci , diumpat dah diperli , tapi kami hanya minta kami dibantu oleh kawan kami sendiri dan bukannya diperli semua itu. Harap mengerti.

Kami tidak kisah dipulau , kami tidak kisah diasingkan , tapi kami hanya mahu berundur diri daripada terlibat dari segala aktiviti. Harap memahami.

Aku? Aku hanya mahu , aku tidak diutamakan dalam segala hal , jangan lantik aku apa-apa jawatan untuk majmuah dan jangan terima segala cadangan / pendapat aku lagi. Kalau ada , sila abaikan. Aku taknak cadangan / pendapat aku diusulkan dalam majmuah. Dan aku juga mohon maaf sekiranya aku tidak hadir liqo bukan sebab aku malas cuma sebab aku sudah tawar hati. Aku hanya mengikut apa yang diatur dan bukannya aku yang menjadi pengatur. Maaf andai ini keterlaluan tapi hati ini susah untuk dipulihkan. *ayat pasghah*

Maaf juga sekiranya kehadiran diriku penyebab ke'huru-hara'an majmuah. Aku tahu. Disebabkan aku , semua jadi pecah-belah. 27 susu , 7 nila bagai. Tapi INGAT ! Kami juga ada hati dan perasaan apabila dihina dan dicaci sedangkan kami tidak bersalah dalam hal ini. Kami juga tidak menunding jari kepada sesiapa untuk disalahkan. Kami redha. Sebab kami tahu , Allah tahu segala-galanya.

Mungkin kami HINA di mata MANUSIA tapi ALLAH tahu segala kebenarannya.

Maaf sekiranya ada yang me'rindu'i aku di Facebook *ayat bajet HOT* kihkih. Takdelah. I'm just kidding. Btw , kalau 'rindu' , jenguk lah aku di Twitter. Buat sementara waktu , biarlah aku menyendiri dari bersosial di Facebook daripada aku menjadi penyebab ke'huru-hara'an kebahagiaan orang lain. Aku taknak jadi pemusnah semuanya.

Kepada yang tertanya-tanya mengapakah aku menyendiri daripada bersosial daripada Facebook , teruskanlah untuk tertanya-tanya. Mungkin ini terlalu sulit untuk dikongsikan. Dan kalau nak jugak , bolehlah kumpulkan semua orang , then aku buat WACANA kat Dewan Johor untu menjawab segala persoalan itu. Cewaaahhhhh. Okeh ini hanya gurauan petang. Heeeeeeee ~


Sincerely , Hati Kapas :)

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-