Kecewa Dengan Manusia ?





Awan gelap akan hilang, kepekatan malam akan diganti dengan cahaya siang.

Ada sebuah kisah yang dinukilkan oleh Dr Aidh Al-Qarni dalam bukunya, La Tahzan. Kisah seorang soleh memberikan makanan kepada orang buta. Ketika mengetahui hal itu, keluarga orang yang soleh itu pun berkata kepada orang soleh itu, “Bukankah orang buta itu tidak mengetahui apa yang dimakannya?”
Jawab orang soleh itu, “Tapi, bukankah Allah mengetahuinya?”
FASA-FASA DALAM KEHIDUPAN
Kehidupan kita berputar seperti roda. Ada masa-masanya kita berada di atas, ada masa-masanya kita berada di putaran bawah. Tidak selalunya kita akan sentiasa berada di atas. Dan tidak selalunya juga kita akan sentiasa berada di bawah.
Ada ketika dalam kehidupan ini, kita terasa hidup kita begitu kecewa sekali bila berdepan dengan makhluk bernama manusia. Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia yang terhad, kadang-kadang menjadikan jiwa kita begitu perit dan sesak sekali.
Kita buat begini pada hari ini, mungkin dia suka. Pada hari yang lain, kita buat berbeza daripada hari yang lepas, dia tidak suka pula. Hari ini, dia mungkin mesra dan baik dengan kita. Tiba-tiba, hari esok dialah yang menipu dan mempermainkan kita. Kita cuba bermacam-macam cara untuk memuaskan hati manusia, terutamanya yang kita sayangi, tetapi kita tetap tak termampu juga.
Kita cuba berikan yang terbaik daripada diri kita untuk manusia-manusia yang kita cinta, tetapi kemudian dikondem atau dikutuk-kutuk pula kita ini. Kadang, tak dilayannya kita ini. Kadang, diminta pula lebih daripada kadar kemampuan yang mampu kita berikan.
Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia, memang akan menjadikan kita cepat tewas sekiranya kita hidup hanya untuk memenuhi kemahuan manusia. Sebab itu, siapa saja yang berharapkan redha manusia pada tindakannya, dia pasti akan kecewa bila tidak memperolehinya.

KALAU BERHARAP KEPADA MANUSIA
Kita tidak dapat menjangka keinginan dan kemahuan manusia. Hari ini, mungkin mereka mahu kita jadi begini. Hari esok, entah mereka mahu kita menjadi apa pula. Kita tidak pernah tahu dan tidak dapat menduga.
Sebab itulah, siapa yang meletakkan hujung takdirnya di tangan manusia, dia akan menyesali dan cepat kecewa dengan kehidupan yang singkat ini. Akhirnya, kekecewaan dan penyesalan itu berakhir dengan bunuh diri dan kerosakan-kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku.
Manusia dengan keinginannya yang terhad, dengan pendiriannya yang mungkin boleh berubah-ubah, tidak akan mampu membuatkan hati kita merasa puas dan memiliki ketenangan yang hakiki. Jiwa yang sarat dengan ketenangan-ketenangan yang menipu tidak akan mampu bertahan lama.
Hari ini, mungkin kita merasa bahagia dengan gembiranya manusia terhadap diri kita. Hari esok, bila manusia mula menyisihkan dan mengabaikan dia, bila manusia mula membiarkan dan tidak menghargai kita, kesedihan dan kekecewaan mula bertapak di hati kita sehingga kita menyimpan dendam yang besar dalam jiwa kita.

MAKA, LETAKKAN HUJUNG TALI KEHIDUPAN INI PADA ALLAH
“Mereka mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya.” [Al-Fath : 29]
Maka, kalau memuaskan hati manusia tidak akan pernah dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada kita, maka kenapa kita tidak kembali mencari kepuasan dan ketenangan ini daripada Pemilik-Nya?
Letakkanlah hujung tali kehidupan kita ini pada kekuasaan dan keredhaan Allah s.w.t. Pastilah ketika kita merasa sempit, sesak dan kecewa dengan tekanan yang menjengah dalam kehidupan kita, ada hembusan ketenangan yang datang bertiup lembut dari-Nya memujuk dan membahagiakan hati kita daripada segala kesesakan itu.
Firman Allah s.w.t. lagi :
“Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” [Al-Insan : 9]
Teruskanlah apa yang kita lakukan dan letakkanlah pengharapan hanya pada Dia. Pastilah ketika huluran-huluran kebaikan kita disambut dengan tamparan dan kata-kata yang menyakitkan, kita tidak merasa begitu resah kerana kita tahu ada Allah yang sedang menjaga dan memberi perhatian yang lebih kepada kita.

PENUTUP : ALLAH TAHU SEMUANYA, DAN ALLAH AKAN BALAS SEMUANYA
Gelanggang akhirat bakal menjadi medan pembalasan amal. Waktu itu, akan diperlihatkan siapa yang benar dan siapa yang bukan. Siapa yang sepanjang kehidupannya telah dihabiskan untuk perkara kebaikan dan siapa pula yang telah menghabiskannya untuk keburukan.
Dari A hinggalah ke Z, Allah tahu semuanya. Tidak ada siapapun atau apapun yang terlepas dari perhatian Allah. Hatta, perasaan dan lintasan-lintasan di hati kita, semuanya diketahui oleh Allah s.w.t.
Allah mengetahui semuanya, dan Allah akan membalas semuanya nanti. Janganlah resah kerana Allah sebenarnya tahu kekecewaan dan kesedihan yang ada di dalam hati kita.
Ketika kita merasa diabaikan oleh manusia, ketika kita merasa dipinggirkan dan dipermainkan oleh manusia,  ketika kita merasa kecewa dengan kehidupan ini, Allah tahu semua itu. Allah tahu sebenarnya.
Dr Aidh Al-Qarni menyebutkan dalam bukunya juga, iaitu La Tahzan :
“Jangan bersedih ! Tidakkah anda memperhatikan bagaimana awan yang hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat menjadi terang benderang, angin yang sedemkian kencang itu mendadak menjadi tenang, dan angin puyuh itu tiba-tiba terhenti? Semua itu menandakn beban hidup anda yang seberat apapun dapat hilang dan berubah menjadi kebahagiaan. Bahkan, kesengsaraan hidup anda pun pasti akan berakhir pada kehidupan yang aman, tenteram, dan menjanjikan masa depan yang gemilang.”
Bergeraklah untuk menggapai kebahagiaan. Roda yang tidak bergerak saja akan selalu berada di kedudukan yang sama. Kalau kita terus bergerak dan bergerak, pastilah yang bawah akan naik ke atas. Kalau kita terus bergerak dalam kehidupan ini, pastilah kita mengetahui hikmah dari apa yang telah menimpa kita di masa lepas.
Kembali dan merapat kepada Allah, pastilah ada bahagia yang menjengah di saat sukar dan susah.


Sabarlah duhai hati. Sahabat , aku bukanlah seorang sahabat yang boleh membuatkan kau bahagia tapi aku cuba untuk tidak membiarkan kau terus bersedih. Sebab aku tak sanggup melihat engkau berkeadaan sebegitu. Hidup kita ni bukan untuk mengejar cinta manusia tetapi mengejar cinta Allah. Percayalah , Allah dah sediakan yang terbaik untuk kau. Cuma Allah simpankan dahulu kerana mungkin DIA sedang memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik untuk kau. Kau yakinlah dengan kuasa Allah. Allah itu Maha Pengasih :) Teruskan berdoa ye Alia ! Aku yakin kau akan dapat yang terbaik. Mungkin "orang yang kau nak" atau mungkin "orang yang Allah dah pilih untuk kau" . 


Just SMILE okay. Takmo sedih-sedih eh. Kami ada untuk kau. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau :) Madihah , Ekyn , Aku , Ukhti , Fiqah , Najihah ; kitorang always doakan yang terbaik untuk kau. Jangan risau. Kitorang sentiasa menyokong kau dari belakang ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-