HARI BERSEJARAH UNTUK BATCH 47 ;)


In the name of ALLAH , the Most Gracious and the Most Merciful .
hye readers , Assalamualaikum .


wajah aku selepas mengambil result :))

akhirnya , semuanye dah terjawab . Segala keresahan sudah terlerai selepas jam 11 pagi semalam . ALHAMDULILLAH ya Allah . Dia telah mengurniakan keputusan yang terbaik buatku . 

Terima kasih kepada ahli keluarga , guru-guru , rakan-rakan , sanak saudara dan semua warga Sekolah Raja Perempuan Taayah yang tidak terhingga sehingga saya boleh mendapat kecemerlangan dalam SPM 2011 . Tanpa anda , siapalah saya :)) THANKS A LOT ♥ 

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SESIAPA YANG TELAH MENDOAKAN KEJAYAAN SAYA .

first first sampai , aku nampak muka Atikah Taharin dlu . HAHA . die tegur dari jauh . then die tnye '' Farah , kau bukan amek STAM ke ? '' . Aduihhh , soalan ni la paling malas aku nak jawab . Dengan selamba aku jawab '' aku tak balek pun , HAHA '' *gelakjahat*

lepas tu , jalan la pg pintu masuk DEWAN KERAMAT tu . dengar cerita takde sorg pun yg STRAIGHT . *kecewa* , tapi REDHA je lahh . then , cari kawan-kawan STAM . then amek result . Ustazah Rozaidah yang jage kaunter . Aku orang second amek result lepas Nor Aliah . Hehe . Ustazah senyum-senyum kat aku , then ustazah cakap camni '' ustazah dah tengok kamu punye result . . . . ''*saspen but still boleh senyum sbb ustazah pun senyum* pastu ustazah cakap lagi '' satu je '' aku mule berdebar , then sume dah terjawab .  rupenye , 1 je B . Aku pun terus tanye '' ape ustazah ? ''  pastu ustazah cakap ''  kamu rase ape ? '' aku pun dgn laju cakap '' TASAWWUR ?'' ustazah cam terkejut '' cam tau tau je , mane kamu tau ? '' *sambil tu ustazah bagi slip . " time jawab tasawwur , saye tak  boleh jawab sangat . saya nangis time tu '' . pastu , terus mak aku peluk aku , then aku salam Ustazah Rozaidah and peluk . TERHARU . rase cam tak caya pun ade .


Ape-ape pn , aku bersyukur sangat . Abg Lan suruh aku check TASAWWUR tu . yelahh , mane tau ade rezeki nak straight A . Aku pun amek la  borang kat Ustazah Afifah kat Bilik Mesyuarat . 

Principal kate ade orang datang nak INTERVIEW , tapi lambat bebeno . so , aku balek je lahh . dah pukul 1 . malas nak tggu . aku pun ta  reti nak jawab ape nanti . kalau die tnye TIPS , aku nak jawab ape ? HAHA .

      



malam semalam aku try usha-usha kat laman web taayah . ni HASILnya ; 

Tahniah kepada NADHIRAH BINTI MOHD HASAN - 5 Al Haitham, NUR FARHANIN BINTI AHMAD SHUKRI - 5 Ibnu Sina, RABIATULADAWIYAH BINTI RIDZUAN - 5 As-Syafie, FARAH AIDA BINTI ABU HASAN - 5 As Syafie...kerana mendapat 11A peperiksaan SPM 2011..cikgu bangga karana 2 orang pelajar 5 As Syafie dapat 11A :)

kepada yang kurang berjaya ,  jangan lah berputus asa & jangan bersedih . Setiap yang berlaku ade hikmahnya . Mungkin ade rezeki ditempat lain . InsyaAllah :))

JUTAAN TAHNIAH jugak kepada semua PELAJAR 5SYAFIE kerana semua nampak muka HAPPY2 belaka . Alhamdulillah rezeki Allah kan nak bagi Cikgu Mail bangga dengan kelas kita . Tercapai jugak impian cikgu nak tgk budak KELAS SYAFIE jadi BEST STUDENT .

ayat cikgu kat LAMAN WEB TAAYAH . . . .

Kelas paling banyak mendapat bilangan 11A, 10A, 9A, 8A, 7A dimenangi oleh kelas 5 As Syafie Dengan 18 orang diikuti dengan Ibnu Sina 11 orang, Al Haitham 11 dan khawarizmi 9 Orang....tahniah kerana kelas As Syafie mendapat dua pengiktirafan....Kelas Terbersih 2011 dan Kelas Terbanyak Bilangan A 2011





Kbyeeeeeee , TATAAA sayangggg :DD



Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-