Kahwin Muda :D

In the name of ALLAH , the Most Gracious and the Most Merciful .
hye readers , Assalamualaikum .

Ni entry kedua untuk hari ini . Entah la . Semenjak due menjak ni aku tak banyak story nak cerita . Jadi , aku share benda benda camni je la . Harap korang boleh terima . HEHE . Sekarang ni status kawan - kawan aku semua menjurus kepada KAHWIN . Majoriti la katekan termasuk aku . Kalau aku tulis je status mengenai kahwin , ramai gile kawan aku LIKE . Means , diorang suka dengan statement kat status aku . Pada masa yang same , jiwa diorang sekarang ke arah itu . Humai kata , status aku semakin matang . Die la pengeLIKE yang setia sekarang ni . btw , Thanks humai (: Sebab sudi LIKE status-status MATANG aku tu . Whoaaaaaaaaa :O




CARA-CARA MEYAKINKAN IBU BAPA KALAU NAK KAHWIN MUDA 

1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sahsiah rupa diri yang baik dan elok . Bukan hanya di buat-buat atau berlakon . Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda .

2. Tunjukkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara . Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan  bersama . Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja .

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda . Pastikan solat cukup , rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi .

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT .

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi . Jika anda masih belajar , anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan . Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu . Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda !

6. Jika anda berdua masih belajar , pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1 . Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda . Setelah anda tamat belajar , barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah , jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda , pasti tiada masalah . Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing .

7. Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan . Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda .

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibu bapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak .

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka .

10. Akhir sekali berbincanglah dengan lemah-lembut dengan ibu bapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin . Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak . Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan . Mereka amat mudah terasa dan sensitif .


>> Nasihat kepada kaum Hawa :)


>> Ape kena mengena photo ini dengan entry kali ni ? HAHA . Kita tengok sape kahwin dulu antara semua ni . Betui tak ? Jeng jeng jeng . Kad kahwin sampai . Kad kahwin sampai . Lupe . 28/4 aritu Amna tunang . HAHA

Comments

wuz Khairul said…
salam.. hamboi2,,, makin matang kak fara aida nih,, huhu.. nak kwin cpat k??? hehe... btw, kalo da nak kwin, jgn lupe jmput kte dtg knduri.. nak tgk,, spe lah pujangga hati kak fara.. hek3
Miss Faraa said…
Wksalam . Akak memang semakin matang sekarang ni . HAHA . Tp , idok le nak kawen cepat syg oii . InsyaAllah kalau ade rezeki akak jemput :)

Popular posts from this blog

Rindu S A H A B A T ;)

My Priority Ever :)

Owhsemm Day ✿