Kerjaya PHOTOGRAPHER (:


Assalamualaikum ladies and gentleman , omey dan handsome sekalian .


Hukum Mengambil Gambar ( Bidang Fotografi ) | Sejak akhir-akhir ini , ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan . Bermula dengan era kamera DSLR , bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu  pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi . Ekoran daripada itu , ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam . Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan .

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan ?
Jawapan : Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi , walaupun fotografiharus hukumnya , tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu . Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel , maka ketika itu hukum fotografi adalah haram . Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya . Hukum yang kedua , hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor) , maka hukumnya adalah haram . Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya . Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram .
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal ?
Jawapan : Tidak halal . Ini kerana mengikut kaedah fiqh , “ Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid ” ( hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud ) , ia datang dari kaedah fiqih , “ Ma haruma isti’maaluh , haruma ittikhaazuh ” ( yang haram penggunaannya , haram pula memperolehinya ) ( Muhamamd al-Zarqa’ , syarah qawaid / 389 )
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal ?
Jawapan : Halal . Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal .
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya ? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja ( memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga ) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya ( iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru )
Contohnya harga pakej gambar ialah RM100 . Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh . Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya( dan menggunakan RM40 utk membeli filem / lensa )
Jawapan : Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh . Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif , hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah  (Matan hadis 40 Imam Nawawi ) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim , “ Sesungguhnya yang Halal itu jelas , yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya .
Maksudnya jika kita melakukan begitu , cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram , ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah . Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah . Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya . Dalilnya : “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya .” (Quran 33:04) . Maksud ayat ini , orang Islam dia hanya ada satu buah hati , ada satu pilihan , hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya .
 Maka , kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam apa jua bidang yang kita ceburi . Berkenaan tentang fotografi pula , elakkan kita mengupload gambar-gambar yang tidak menutup aurat terutamanya pengantin perempuan . Selain menambah dosa , kita juga turut mendapat saham kerana mendedahkan gambar orang Islam yang tidak menutup aurat .

Kan tenang kalau kita tengok gambar macam ni ? Hai Imam Muda Hasan (: Cantik isteri . Hehe ~



Yang ni pun . Sedap kan mata kita memandang ? Hai Dena Bahrin (: Handsome suami ~



 Ini jugakk . Takde la sakit mata yang memandangnya . Dosa pun tak bertambah . Ye takk ? Hai Ally Iskandar . Omeyy isteri ~

Wootwoot . Imam Muda Hasan lagi ^^ Suke hatilah ni blog aku . Hehe kpeace :D

p/s : Kalau boleh , elakkan mencari suami yang berkerjaya seorang photographer . Yelah , zaman sekarang zaman dah moden . Semua style pakaian nak ikut trend . Islam entah ke mana . Pakai pakaian ikut trend plak tu . Aurat ? Dah takde harga kot ? MasyaAllah , nauzubillah ~ 

Oh Tuhan , ampunkan mereka dan berilah mereka petunjuk yang sebenarnya untuk memilih jalan yang terbaik iaitu jalanMu Ya Allah . Hambamu ini memohon sangat-sangat . 

Farah pun bukanlah dari kalangan yang baik , tapi Farah cuba untuk ke arah itu . InsyaAllah , Allah Maha Mengetahui . Allah is the best PLANNER (:


Sincerely , Capital FA here (:

Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Liku-liku kehidupan aku -.-