Tudung Labuh Benteng Kemungkaran


Assalamualaikum pembuka bicara (:

Sebagai permulaan bicara , diri ini sebagai seorang remaja kampus , seorang Muslimah yang masih cetek ilmu agamanya yang sedang berusaha memperbaiki diri bagi mengejar redha Ilahi . Meletakkan tanggungjawab mencari ilmu mengatasi perkara yang lain . Mengimpikan diri agar menjadi wanita solehah sebagaimana yang dituntut oleh Sang Pencipta . Rasulullah pernah bersabda : "Sesungguhnya dunia ini perhiasan , dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita Solehah ." Hadis ini seringkali menjadi motivasi ketika diri diuji indahnya perhiasan duniawi .
Hati rasa sedikit cemburu melihat penampilan rakan-rakan sebaya yang cantik bergaya mengenakan perhiasan tudung seperti selendang atau tudung segera yang berwarna-warni , berbagai bentuk dan beraneka corak mengikut gaya lilitan yang segala bagai dengan mengenakan busana yang moden lagi kontemporari . 

Diri ini segera beristighfar tatkala tersedar dari kelalaian mendengar bisikan syaitan itu . Seringkali terasa penampilan diri ini ketinggalan zaman dan tidak mengikuti arus transformasi fesyen terkini , kerana hanya pandai mengenakan tudung labuh yang warnanya tidak terang , serta memakai jubah dan baju kurung yang bercorak biasa sahaja . Alangkah sederhananya penampilan diri ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya yang lain .
Hati juga turut terusik melihat rakan-rakan sekolah dahulu yang kini berada di universiti lain yang rancak berdandan lama menghiaskan wajah dengan solekan beralaskan bedak , celak dan gincu yang agak tebal di hadapan cermin . Ini sudah pasti akan mengiurkan mata-mata yang memandangnya . Berbanding diri ini yang hanya menghamparkan wajah tanpa secalit solekan dan hanya beralaskan sedikit bedak bagi mengelakkan wajah dari kelihatan pucat dan tidak bermaya kepada rakan-rakan . Masa yang diambil untuk bersiap juga hanya sekejap .
Hal ini juga dapat dirasakan apabila rakan-rakan lelaki seolah-olah menjauhi dan tidak mahu mendekati diri ini, hanya urusan penting sahaja mereka akan datang berurusan . Tetapi diri ini tidak pernah mengambil kisah berkenaan hal itu kerana dalam Islam menuntut kita untuk berkomunikasi dengan lelaki atas dasar kerja dan perkara-perkara penting sahaja . Ini sudah pasti akan dapat menyelamatkanku dari segala fitnah sekiranya diri ini dilihat bersama lelaki ajnabi . Pada hakikatnya , berdasarkan pemerhatianku , memang rakan-rakan lelaki suka bergaul rancak dengan rakan-rakan perempuan lain yang berpenampilan cantik dan tidak pula dengan perempuan yang berpenampilan biasa sepertiku . Kenapa situasi ini terjadi ?
Lantaran itu , wujud pelbagai persoalan dalam diri ini . Perasaan sedih dan ingin tahu berpadu menjadi satu . Hati bermonolog sendirian , 'Apakah kekurangan diri ini yang bisa meletakkan diri di tahap itu .' Kemusykilan ini telah diluahkan kepada seseorang yang arif yang boleh mendengar perkongsian jiwa dan dapat memberikan nasihat yang membina . Katanya "Usah bersedih , ini semua hikmah di sebalik apa yang kamu pertahankan selama ini ."
Jawapan ringkas ini meyebabkan diri kebingungan , apakah maksud di sebalik kata-kata itu . Tatkala melihat diri seolah tidak mengerti , beliau terus menyambung bicara dan menghuraikan satu persatu bagi setiap yang berlaku supaya jawapannya dapat difahami dengan jelas .
Setelah mendengar penjelasan itu , hati sedikit berbunga . Persoalan sudah pun terjawab . Menurut kata-kata beliau ," Kamu ingin tahu kenapa lelaki tidak mendekati diri kamu ? Kerana sebenarnya dia segan untuk mendekati perempuan yang menjaga auratnya , mana mungkin dia dapat bertegur dengan galak sedangkan dia tahu kamu bukan seperti perempuan kebanyakan sebab itulah dia berurusan atas dasar kerja sahaja .
Kemudian kenapa kamu tidak dapat perhatian lelaki ? Bukan kerana kamu tidak cantik tetapi disebabkan penampilan menutup aurat kamulah menyebabkan lelaki tidak memandang kamu dengan berlebihan . Kamu risau kerana tidak pandai bersosial , itu adalah sebaiknya kerana Islam melarang wanita keluar dari yang bertujuan untuk perkara yang tidak bermanfaat . Jadi adalah elok bagi kamu berada di rumah dan menyiapkan tugasan kamu .
Selain itu , kamu merasa kamu tidak cantik dan berasa rendah diri kerana penampilan kamu yang agak ketinggalan zaman . Sebenarnya tidak , pemakaian sebeginilah yang dituntut syarak . Dalam hadis ada menyatakan : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu , tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan dan amalan-amalan kamu " Biarpun pakaian luaran tidak cantik tetapi pakaian dalaman itu yang harus dicantikkan dahulu kerana Allah menilai hati kamu bukan paras rupa .
Jadi kamu tidak perlu bersusah-payah berusaha mencantikkan diri bagi memancing mata lelaki untuk , tetapi hiasilah diri kamu dengan akhlak yag mulia mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah . Ini sudah pasti dapat membiaskan kecernihan pada wajah kamu secara langsung mejadikan kamu bukan sahaja cantik luaran tetapi dalaman juga ."
Kamu bimbang jika tidak mencari pasangan sekarang kamu tidak akan berkahwin ? Jawapannnya tidak . Bukankah kamu yakin dengan janji Allah menerusi firmanNya yang bermaksud :
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat , dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat ; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik , dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik ."
Jika kamu menjauhi percintaan sebelum kahwin ini juga dapat mengelakkan dirimu daripada berlakunya penzinaan . Bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina . Tidak mustahil dia pernah melakukannya . Zina mata ialah memandang . Zina lidah ialah berkata . Zina hati ialah keinginan dan syahwat , sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti ."
Di sini jelas bahawa Allah telah mengaturkan pasangan yang sesuai bagi setiap umatNya .
Setelah meneliti jawapan yang diberikan oleh beliau , barulah dapat difahami kata-kata beliau sebentar tadi iaitu "Usah bersedih , ini adalah hikmah di sebalik apa yang kamu pertahankan selama ini ." Maksud mempertahankan di sini ialah mempertahankan memakai pakaian menutup aurat , tidak mudah terikut dengan cara pemakaian rakan-rakan yang lain . Jika diri tidak kuat sudah pasti akan diikutkan sahaja gelojak nafsu berbisa itu . Dan hikmahnya ialah diri ini dapat terhindar daripada segala kemungkaran .
Oleh itu , dapatlah diri ini membuat kesimpulan bahawa menerusi pemakaian yang menutup aurat seperti bertudung labuh dan berjubah inilah yang akan menjamin pembentukan sakhsiah diri yang mampu menjadi benteng segala kemungkaran . Pasti ramai yang akan mengatakan pakai tudung labuh dan berjubah pun belum tentu hatinya baik . Tetapi jika wanita yang berpakaian sebegini benar-benar menjaga batas-batas yang digariskan syarak sudah pasti akan menggapai martabat wanita solehah disertai dengan perhiasan akhlak yang indah . Ini kerana dari pemakaian luaranlah yang akan membentuk peribadi akhlak dalaman .
Wallahualam (: 

Comments

Ya 'Aisyah said…
Masha Allah. Farah Aida :'( Betul2 buat orang sebak . Org suka baca post Farah kali ni.

Allah...tak terluah apa nak dikata..
Moga Allah istiqamahkan kamu di jalan ini ya ukht ! Ameenn.

Ya muqallibal quluub, thabbit qulubana 'ala dinik , wa 'ala tho'atik wa'ala sabiilik. Allahumma ameen.
Farah Aida said…
InsyaAllah K.Put . Doakan untuk orang tau . Orang nak berubah mulai sekarang . Bab tudung ni lah . Semoga Allah tetapkan hati orang ni .

InsyaAllah . Alhamdulillah la post kali ni bermanfaat untuk orang lain (:

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-