Ouhh wanita -,-

In the name of ALLAH , the Most Gracious and the Most Merciful .
hye readers , Assalamualaikum .


Nowadays , kita tengok wanita sekarang bukan macam wanita pada zaman Rasulullah . Maklum la , zaman dah moden . Cara berpakaian pun kena lah ikut trend kan . Hmm , betul kata IBNU KHALDUN . Ayatnya aku tak berapa ingat sangat . Ade la sikit-sikit . Tapi , tak lari dari maksud yang sebenar la . 

'' Jika sesebuah negara telah mencapai kemajuan , maka pegangan agama semakin dilupakan '' 

Lebih kurang la . Kalau salah , mintak maaf laa . Aku ni bukan manusia yang sempurna ilmunya . Tapi , saje nak share ilmu dengan orang yang tak tahu lagi . Means ,  IBNU KHALDUN nak sampaikan ialah ; kalau sesebuah negara tu dah mencapai kemajuan yang tinggi , maka agama tu semakin dilupakan . Semakin berkurangan orang yang memikirkan soal agama . Lebih kurang macam tu lah . Ini pun aku amik dari ilmu aku belajar PQS kat sekolah .

Okeh , aku tahu aku bukan sesiapa untuk menegur orang lain . Tetapi aku SAUDARA SEISLAM dengan korang . Salah ke aku nak tegur korang ? Tak kan . Maybe cara aku je yang tak betul . Okay , aku akui aku memang tak reti nak tegur orang camne . But , sekurang-kurangnya aku cuba untuk mengelakkan daripada orang lain menempah tiket ke neraka . Kalau aku dapat course DAKWAH kat Unisza , aku akan belajar kat situ untuk cara-cara berdakwah okay . Kalau dapat la . Sebab aku listkan kat bawah-bawah sikit . HEHE

Sekarang ni , aku nak terangkan kesilapan-kesilapan wanita tentang aurat . Benda ni pun sebenarnya peringatan untuk diri aku jugak . Bukan korang je okay . 

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja .

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek .

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya .

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat , sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘ menggoda ' .


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya .

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja . Tidak di sekitar rumah , pasaraya dan sebagainya .

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher , maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung .

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul , leher , tengkuk dan dadanya .


Okayfine , rasanya tu je untuk entry kali ni . Renung-renungkan lah . Peringatan ni untuk diri aku jugak okay . Ulangan . PERINGATAN NI UNTUK DIRI AKU JUGAK . Aku  bukan nak BAJET ALIM ke apa . But , tanggungjawab sbg seorang Muslim untuk memperingatkan saudara yang lain . Kalau terasa , tak payah la nak kata aku ni BAJET ALIM ke apa . Dah makan cili , terasa la pedasnya kan . Tak payah nak tunding jari kat orang laen . Ok lahh . Next entry kita jumpe eh . Kbaiii . ILOVEYOU sayang (:



Comments

Popular posts from this blog

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam . Dan hari esok lebih baik daripada hari ini .

Kerjaya PHOTOGRAPHER (:

Liku-liku kehidupan aku -.-